Home » » Al Jazeera temui 'Bukti kukuh' penghapusan kaum di Myanmar

Al Jazeera temui 'Bukti kukuh' penghapusan kaum di Myanmar

Written By canang on Jumaat, 30 Oktober 2015 | 10/30/2015 08:00:00 PG

Terdapat “bukti kukuh” penghapusan kaum dijalankan oleh kerajaan Myanmar terhadap masyarakat Rohingya yang beragama Islam di negara itu.
Perkara itu didedahkan oleh Al Jazeera hasil siasatan unit siasatannya, berdasarkan penilaian sekolah undang-undang Universiti Yale, Amerika Syarikat.
Universiti itu menghabiskan lapan bulan menilai bukti-bukti dari Myanmar, termasuk dokumen-dokumen dan pengakuan dibekalkan oleh Al Jazeera dan kumpulan sokongan Fortify Rights.
“Berdasarkan skala kekejaman dan cara ahli politiknya bercakap tentang Rohingya, kami fikir sukar dielakkan kesimpulan bahawa hasrat (melalukan penghapusan kaum) itu ada,” menurut kesimpulan sekolah itu.
Bukti-bukti diperoleh Al Jazeera dan Fortify Rights mendedahkan kerajaan mencetuskan keganasan masyarakat untuk mendapat faedah politik daripada rusuhan anti-Muslim.
Selain itu, digunakan juga ucapan kebencian terhadap orang Islam untuk menakut-nakutkan warga Myanmar serta menawarkan wang untuk kumpulan garis keras Buddha yang menyokong kepimpinan mereka.
Dalam pilihan raya pertama dalam 25 tahun 8 November lalu, saksi dan dokumen-dokumen mendedahkan bahawa Parti Pembangunan dan Kesatuan Solidariti (USDP) yang disokong tentera cuba meminggirkan orang Islam dan mensasarkan etnik Rohingya.
Al Jazeera telah membuat beberapa permohonan kepada pejabat presiden Myanmar dan jurucakap kerajaan tetapi tidak menerima sebarang maklum balas.
Siasatan itu, dibentangkan dalam dokumen baru Genocide Agenda, mendapatkan nasihat pakar undang-undang dan diplomatik sama ada kempen kerajaan menyebabkan penghapusan sistematik.
Pengarah Inisiatif Jenayah Negeri Universiti Londin Penny Green berkata:
“Presiden Thein Sein (dari USDP) sedia menggunakan ucapan kebencian untuk memenuhi matlamat kerajaan, iaitu untuk meminggirkan, mengasingkan dan mengurangkan populasi orang Islam di Burma.
'Ia sebahagian proses penghapusan kaum.”
Laporan bebas ISCI menyimpulkan bahawa rusuhan 2012, yang menyaksikan konflik etnik Rakhine yang beragama Buddha dan Rohingya (beragama Islam) dirancang lebih awal.
Tragedi bukan sahaja menyaksikan perumpahkan darah, malah kehilangan tempat tinggal selepas rumah-rumah dibakar.
Share this article :

1 ulasan:

mansor berkata...

mALAYSIA SEPATUTNYA BERTINDAK MENGHANTAR PULANG WARGA MYANMAR YANG BUKAN ISLAM SEBAGAI TANDA SOLIDARITI UMMAH...MALANGNYA NEGARA YANG DIPIMPIN OLEH PENCURI TAK MAMPU BERTINDAK DEMIKIAN...

Blogger Widget Get This Widget

comment pembaca

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger