Home » » DAJJAL DI SEGITIGA BERMUDA, SEJARAH AMERIKA

DAJJAL DI SEGITIGA BERMUDA, SEJARAH AMERIKA

Written By canang on Isnin, 5 Oktober 2015 | 10/05/2015 07:04:00 PTG

DAJJAL DI SEGITIGA BERMUDA, SEJARAH AMERIKA
Dajjal adalah raja di kerajaan rahsia di Segitiga Bermuda. Si laknat itu sedang berkonspirasi bersama Illuminati diketuai oleh Rothschild di sebalik kejadian-kejadian pelik yang berlaku di dunia ini. Contoh kejadian pelik yang menimpa baru-baru ini seperti kehilangan pesawat MH370, MH17 ditembak jatuh. Mereka juga mencipta peperangan seperti di Gaza dan Syria yang tidak berkesudahan.
Dajjal keluar atau muncul di tengah-tengah masyarakat secara berfasa-fasa. Adakalanya ia muncul mengaku sebagai Nabi dan ada kalanya ia muncul dengan memimpin sebuah organisasi. Anggapan bahawa Dajjal keluar hanya sekali di tengah-tengah masyarakat adalah tidak benar.
Dalam buku Dajjal Akan Muncul Dari Kerajaan Jin di Segitiga Bermuda, perihal Dajjal atau Samirah telah dikemukakan dengan hujah yang begitu dramatik sekali. Antara fakta yang paling besar hikmahnya ialah cerita Samiri membina patung anak lembu dan menyesatkan Bani Israel.
Tetapi kini, rahsia penonjolan nama Samiri dalam Al-Quran sudah TERBONGKAR, Samiri adalah ad-Dajjal dan Dajjal adalah Samiri. Cuma nama Dajjal adalah sebagai gelaran dan Samiri adalah nama sebenar.
keluarga Dajjal berasal dari kampung bernama Samirah di Palestin. Kampung ini kemudian harinya menjadi pusat pemerintahan empayar Islam pada zaman Nabi Daud dan Nabi Sulaiman a.s.
Kelahiran Dajjal bermula dari bagaimana benih ibu dan bapanya bercantum. Ibu bapa Dajjal adalah dari baka anak luar nikah yang lahir dari kesedudukan haram sesama mahram.
Mereka berdua juga penyembah patung lembu yang ketika itu agama berhala bagi bangsa Yahudi di Palestin sebelum kelahiran Musa. Ibu bapa Dajjal telah melakukan penyembahan dan berdoa kepada patung lembu mereka untuk mendapatkan anak.
Setelah 30 tahun maka lahirlah seorang anak yang diberi nama Samiri. Nama itu diberi sempena nama kota Samirah tempat tinggal mereka.
Setelah sampai beberapa ketika, Allah menurunkan bala ke atas penduduk kampung itu. Semua penduduknya yang engkar ajaran Nabi Ibrahim telah dimusnahkan oleh para malaikat.
Namun demikian, Allah mengarahkan Jibril a.s. menyelamatkan anak kecil bernama Samiri dan diletakkannya di sebuah pulau terpencil di laut Syam. Di pulau itu, seekor binatang besar bernama Al-Jasasah bersama Jibril memelihara Samiri atas arahan Allah SWT. Samiri tinggal di pulau itu dan belajar ilmu-ilmu Tauhid dari AL-Jasasah. Kisah binatang itu ada dijelaskan dalam sebuah hadith yang mengisahkan Tamim Ad-Dhari terdampar di sebuah pulau dan berjumpa binatang berbulu.
Sehingga suatu waktu, Samiri keluar merantau ke luar dari pulau dengan menumpang sebuah kapal yang kebetulan berlabuh di pulau itu. Maka sejak itu, Samiri mula mengenal masyarakat dunia.
============================================================================================================================================
DAJJAL MERANTAU KE MESIR
Seratus tahun selepas itu, maka lahirlah Nabi Musa di Mesir. Samiri berangkat ke Mesir kerana terdengar kehebatan Firaun dan dakwah Nabi Musa. Samiri yang buta sebelah itu bekerja sebagai khadam di sana. Dia melihat segala perkara yang berlaku di Mesir.
Hatta dia juga mengikut bersama pengikut-pengikut Nabi Musa lari ke Laut Merah untuk menyelamatkan diri dari kejaran tentera Firaun. Nabi Musa juga tidak tahu bahawa salah seorang pengikut yang menyertai rombongan mereka itu ialah Samiri.
Semasa Nabi Musa meninggalkan Bani Israel bersama Nabi Harun, maka disitulah terjadinya suatu peristiwa berpaling tadah kaum Bani Israel. Samiri telah mempengaruhi Bani Israel agar kembali menyembah berhala dengan membina patung lembu betina. Kisah ini telah pun dicatatkan dalam al-Quran surah Ibrahim.
Dajjal melewati pelbagai negeri yang mempunyai sempadan pantai dan laut. Perjalanan Dajjal merentasi pelbagai negeri ini adalah untuk mencari penduduk-penduduk yang dirasakan boleh menerimanya sebagai Tuhan atau setidak-tidaknya Anak Tuhan. Itulah nafsu tertinggi bagi dirinya dalam mencari kepuasan di dunia yang telah ia kembarai sejak sekian lama.
Dajjal telah menemui suatu kaum yang dirasakan nya mampu bagi ia menyamar diri sebagai tuhan mereka. Kaum ini ditemui olehnya di sebuah daerah di AMERIKA Selatan.
Namun begitu, ia masih tidak puas. Dajjal mahu kekuasaannya dianggap sebagai tuhan lebih hebat dari Firaun yang pernah dilihatnya. Maka Dajjal meneruskan perlajanan ke seluruh kawasan khususnya di pantai Miami sekitar abad ke-8 M. Ideologi penyembahan dirinya sebagai tuhan disebar seluas-luasnya. Penduduk amat percaya kerana kebijaksanaan dan ilmu yang dimilikinya.
Salah satu perkara penting dalam bab ini ialah ia menjelaskan tentang berlakunya penemuan Dajjal terhadap kawasan Segitiga Bermuda yang didiami oleh Iblis.
Di sinilah bermulanya semua perencanaan konspirasi seluruh dunia.
mengapa Dajjal memilih Segitiga Bermuda? Dajjal memilih menetap di air kerana Dajjal sudah mahir akan selok-belok air sejak sekian lamanya. Tambahan pula, si laknat itu memang tinggal dan membesar di pulau kecil yang jauh terpencil dari tanah besar.
Dajjal dilihat berjaya membina satu penempatan khusus olehnya walaupun tempat yang dipilih itu sudah pun dipelopori oleh Iblis laknatullah. Dajjal membina penempatan yang penuh saintifik diluar jangkaan kemampuan pemikiran manusia. Proses pembinaan itu menurutnya telah dibantu oleh jin dan syaitan sendiri.
Menurut beberapa manuskrip kuno Yahudi, yang masih disimpan terun-temurun oleh beberapa buah keluarga Yahudi, ketika berlakunya kejaran Firaun dan tenteranya keatas pengikut-pengikut Nabi Musa as, Samiri yang turut sama berada dalam kumpulan itu telah terlihat 'lukisan-lukisan aneh' yang berada didalam Laut Merah. Lukisan-lukisan aneh itu dipercayai sebagai lukisan peninggalan bangsa-bangsa jin yang telah dimusnahkan sebelum wujudnya manusia di muka bumi ini. Bermula dari situlah, Dajjal sudah mengenali suatu bangsa yang mampu memberinya bantuan yang tidak mampu diberi oleh manusia biasa.
Namun ada sesuatu yang menarik mengenai proses bantuan dari jin dan syaitan ini. Sejauh mana pun pertolongan yang diberi oleh syaitan dan jin, ‘pertolongan’ itu tidak mungkin ‘melampaui’ permohonan Nabi Sulaiman a.s. Apakah permohonan Nabi Sulaiman a.s. itu?
Permohonan baginda dinyatakan secara jelas dalam al-Quran surah as-Shod, ayat 35.
“Wahai Tuhanku, ampunilah aku, berilah aku kerajaan (kekuasaan) yang tidak layak (dimiliki) seseorang sesudahku …”
Antara Bukti Dajjal Meminta Pertolongan Syaitan
Rasulullah bersabda, “Diantara fitnah Dajjal adalah ia akan berkata kepada seorang Badui, ‘Bagaimana pendapatmu jika saya membangkitkan kembali ayah dan ibumu yang telah mati, apakah engkau akan bersaksi bahawa saya adalah tuhanmu?’
Badui itu berkata, ‘Ya’.
Lalu dua orang syaitan berubah wujud menyerupai ayah dan ibunya, keduanya kemudian berkata, ‘Wahai anakku, ikutilah dia, kerana dia adalah tuhanmu’.
(Maka ikutlah Badui itu kepadanya (kepada Dajjal))”. – HR. Ibnu Majah dan Al-Hakim, Al-Albani, Shahih Al-Jami’, 7875.
============================================================================================================================================
BUKTI DAJJAL SUKAR DIKENALI
Manusia hanya boleh mengenali Dajjal apabila seseorang itu meneliti dan mengkaji secara menyeluruh fakta-fakta dalam al-Quran, hadith, sirah dan lain-lain.
Penegasan tentang penyataan bahawa Dajjal itu sukar dikenali adalah berdasarkan kajian dalam hadith di bawah:
Sabda Rasulullah SAW;
“Barangsiapa yang mendengar nama Dajjal hendaklah ia berpaling darinya kerana demi Allah, sesungguhnya apabila ia menemuinya dan dia menganggap bahawa dirinya adalah seorang mukmin maka ia akan mengikutinya (Dajjal tersebut) dengan segala syubhat (kebatilan) yang dia bawa.”
HR Imam Ahmad, Abu Daud dan Hakim dari Imran bin Hussain dan disahihkan oleh Syeikh Al-Albani dalam kitabnya Al-Misykat, hadith no:5488.
Bermakna Dajjal adalah ahli Hujjah. Pandai bermain kata-kata sehingga orang yang mendengar akan terpaku dan terpesona, dan mempunyai aura yang sangat hebat.Contoh, kemungkinan Dajjal akan merubah wajahnya dgn kuasa sihir yang dimiliki, dan berpakaian seperti seorang mukmin.
Hadith di atas tidak menggunakan langsung kalimah tersirat untuk menunjukkan bahawa Dajjal itu sukar dikenali. Cukup bagi kita mengambil kalimah berikut sebagai menegaskan teori kita.
Perhatikan kalimah “dia menganggap bahawa dirinya adalah seorang mukmin…”
Maksud bagi potongan kalimah ini ialah seorang muslim tersalah sangka tentang seorang yang ia jumpa dan menyangka orang yang dijumpainya itu adalah seoang mukmin sepertinya lalu muslim itu menurut orang tersebut (Dajjal).
Jelaslah akan potongan hadith itu bahawa Dajjal itu sukar dikenali sehinggakan orang Islam sendiri boleh menganggap bahawa Dajjal itu seorang mukmin.
Apabila Rasulullah mengatakan demikian, apakah Dajjal itu nanti akan berperwatakan seperti seorang muslim?
============================================================================================================================================
DAJJAL MENYAMAR SEBAGAI MUSLIM
Ia adalah suatu kemungkinan besar dan ia bukan suatu kemungkinan tetapi suatu perkara yang pasti. Setiap apa yang dinyatakan oleh Rasulullah pasti akan berlaku kerana ia adalah ilham maklumat yang dicetuskan oleh Allah SWT.
Maka bolehlah kita meyakini bahawa Dajjal suatu hari nanti akan menyamar seperti seorang mukmin sejati. Jika ia bukan menjadi mukmin sejati masakan mana mungkin Nabi berpesan bahawa ramai orang Islam yang akan mengikutinya.
Manakala orang Islam yang mengikuti Dajjal itu sudah pastilah orang Islam yang tidak mengkaji (atau mahu mengkaji) langsung tentang hadith-hadith Rasulullah. Mereka hanya menjadi pembaca hadith bukannya menghayati serta meneroka maksud hadith.
============================================================================================================================================
KEPENTINGAN ILMU HADITH DALAM KAJIAN HAL EHWAL DAJJAL
Semua umat Islam WAJIB mempelajari ilmu hadith sebagaimana wajib mempelajari Bahasa Arab. Ia bukanlah ilmu pilihan seperti yang dibentuk oleh sistem pendidikan sekular kita. Yakni jika bukan dari sekolah agama tidak perlu belajar.
Ilmu hadith adalah pelengkap kepada ilmu al-Quran, dalam erti kata lain, hadith adalah penjelasan tentang fakta-fakta dalam al-Quran. Jika kita hanya mempelajari al-Quran maka mana mungkin kita tahu cara solat, mengenali ulama-ulama hadith, perawi hadith dan cara ia disanadkan.
Ringkasnya, jika tiada ilmu hadith maka sukar bagi kita untuk menepis dakyah-dakyah Dajjal yang dibawa melalui mazhab Wahabi.
Dan selain itu, tanpa hadith kita tidak akan mengetahui bahawa menghafal 10 ayat pertama surah al-Kahfi adalah digalakkan untuk menghindari dari fitnah Dajjal.
Syeikh Sayid Sabiq dalam kitabnya Anasirul Quwwah Fil Islam, menegaskan bahawa ilmu hadith adalah salah satu cabang ilmu syariah yang wajib dituntut sebagai unsur-unsur kekuatan dalam Islam.
Ya! Benar ada yang mengatakan “Buat apa susah-susah nak fikir, biarlah semua tu terjadi, Dajjal memang akan muncul, Allah dah tetapkan, kita tak boleh buat apa. Kalau kita tahu rahsia Dajjal sekali pun Dajjal tetap akan menjadi orang jahat dan menentang Nabi Isa dan Imam Mahdi.” Ya benar, ianya semua takdir Allah. Jika itulah hujah yang kita guna untuk tidak mahu berfikir dalam hal ehwal Dajjal maka hujah di bawah ini adalah lawannya.
Menaiki motosikal dalam keadaan tidak bertopi keledar adalah amat bahaya dan semua orang mengetahuinya. Jika jadikan ‘takdir’ sebagai alasan untuk tidak mahu berfikir mengapa kita memakai topi keledar semasa menunggang motosikal, polis bukannya ada selalu di jalanraya, bukankah jika Allah berkehendak untuk ia mati, di mana pun ia boleh mati. Oleh sebab itu, jika orang bertanya kepada kita “Ali mengapa tidak memakai topi keledar, bahaya nanti boleh mati? Kita sepatutnya menjawab “Takpelah Mat, mati adalah takdir tuhan”. Tetapi realitinya kita tidak menjawab begitu malah kita sendiri memakai topi kerana takut mati atau cedera. Tindakan memakai topi adalah tindakan berjaga-jaga agar kita “tidak ditakdirkan dalam golongan yang tercedera”.
Samalah juga dalam hal ehwal Dajjal, berfikirlah untuk tidak tergolong dalam kelompok yang termakan fitnah Dajjal.
Wallahualam
Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget

comment pembaca

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger