Home » » Exco mahu latih ibu tunggal jadi tukang urut

Exco mahu latih ibu tunggal jadi tukang urut

Written By canang on Isnin, 26 Oktober 2015 | 10/26/2015 04:06:00 PTG

Kerajaan negeri mahu melatih kira-kira 26,000 ibu tunggal di Terenggani sebagai bidan dan tukang urut kepada golongan wanita di bawah Program Mama Care, kata Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri, Datuk Muhammad Pehimi Yusof.
Beliau berkata ia melibatkan Yayasan Pembangunan Keluarga (YPK), Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) dan Kolej Komuniti.
"Ia untuk memberi pendapatan sampingan kepada golongan berkenaan bagi menyara keluarga mereka," katanya kepada pemberita pada majlis penutupan Seminar Bicara Gender: Menangani Keganasan Terhadap Wanita, di Dewan Gong Kemuntong di Besut hari ini.
Muhammad Pehimi berkata mereka yang berminat boleh mendaftar di Pejabat Daerah sebelum mengikuti kursus kemahiran daripada tenaga pengajar berpengalaman.
"Khidmat tukang urut dan bidan sangat diperlukan," katanya.
- Bernama
Share this article :

2 ulasan:

Anoynimous berkata...

Tak de benda atau perkara lain ke nak diajr kepada ibu2 tunggal?

cikgu berkata...

Dah tak ada idea lain ke. Tahap tu je ke pemikiran. Fungsi wang zakat bukankah termasuk untuk membangun golongan ibu tunggal di samping anak fakir dan miskin. Kenapa tidak digunakan untuk membangun mereka. Saya kenal dengan seorang dato' yang jadi kaya raya hingga ke peringkat jutawan, walaupun hanya sekolah darjah 4 sahaja. Tetapi dia boleh membangun maju hingga ke tahap itu. Tidakkah dato' ni boleh dijadikan jurulatih untuk membantu mereka yang berkenaan. Pengalaman dato ni tentu sangat berguna untuk membimbing para ibu tunggal. Untuk apa wang zakat disimpan?

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger