Home » » Fitnah: Mahkamah Persekutuan arah NSTP bayar Husam RM350,000

Fitnah: Mahkamah Persekutuan arah NSTP bayar Husam RM350,000

Written By canang on Selasa, 6 Oktober 2015 | 10/06/2015 08:26:00 PTG

Fitnah: Mahkamah Persekutuan arah NSTP bayar Husam RM350,000
Mahkamah Persekutuan hari ini mengekalkan keputusan Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Tinggi dan mengarahkan New Straits Times Press (M) Bhd membayar RM350,000 kepada bekas naib Presiden Datuk Husam Musa berhubung dakwaan memfitnah beliau.
Panel tiga hakim yang diketuai oleh Hakim Besar Malaya Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin juga menolak permintaan NSTP bagi mendapatkan kebenaran untuk merayu terhadap liabiliti dan kuantum ganti rugi.
"Kami menolak permohonan itu dan plaintif diperintahkan untuk membayar kos RM15,000 kepada Husam," demikian diputuskan oleh mahkamah itu.
Dua lagi hakim dalam panel bersama Hakim Zulkefli adalah Hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri Suriyadi Halim Omar dan Tan Sri Ahmad Ma'arop.
Peguam Md Yunos Sharif memberitahu Malaysiakini di luar mahkamah selepas prosiding itu, bahawa kesemuanya NSTP yang membawa kes itu ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan, diarah membayar RM85,000 sebagai kos.
Pada 5 Mei, Mahkamah Rayuan mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi bahawa tiada merit dalam rayuan itu. Panel ini diketuai oleh bekas Hakim Mahkamah Rayuan, Hakim Tan Sri Mohd Hishamudin Mohd Yunus.
Tahun lepas, Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Su Geok Yiam mengarahkan NSTP membayar ganti rugi itu.

Laporan media
Husam memfailkan saman fitnah berikutan laporan media bahawa dua ADUN Umno Kelantan, Nozula Md Diah (Paloh) dan Muhd Adhan Kechik (Bukit Bunga), telah membuat laporan kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR) pada tahun 2007, dengan mendakwa sembilan kes salah urus, rasuah dan salah guna kuasa oleh individu dalam kerajaan pimpinan PAS dan dikaitkan terus kepada Husam.
Berikutan laporan BPR dan laporan berita itu yang disiarkan oleh NSTP, Husam memfailkan saman RM6 juta pada Januari 2008, terhadap kedua-dua ADUN itu dan NSTP.
Kedua-duanya kemudiannya memohon maaf kepada Husam pada tahun 2009 berhubung laporan itu, dan salah seorang daripada mereka menerbitkan notis permohonan maaf dalam dalam Berita Harian.
Hakim Su ketika mengarahkan pembayaran sebanyak RM350,000 itu berkata ia adalah untuk gantirugi teladan, ganti rugi teruk dan ganti rugi am.
Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget

comment pembaca

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger