Home » » Gadis 15 Tahun Layak Ke Final Untuk Menang AS$1 Juta Bagi Aplikasi Permainan

Gadis 15 Tahun Layak Ke Final Untuk Menang AS$1 Juta Bagi Aplikasi Permainan

Written By canang on Sabtu, 3 Oktober 2015 | 10/03/2015 03:27:00 PTG

DALLAS: Permainan Million, iaitu aplikasi permainan eSports pertama yang dibangunkan oleh AIGC Games dan boleh didapati di App Store dan Android Play Store secara percuma, baru sahaja mengumumkan bahawa 6 daripada 10 pemain mudah alih sudah layak untuk bermain di acara penstriman langsung Peringkat 4 untuk memenangi satu juta dolar.

Turut termasuk dalam kalangan pesaing yang layak ialah gadis berusia 15 tahun dari Albuquerque, NM, seorang gadis dari Kanada, serta dua gadis lain.

Gambar yang mengiringi pengumuman ini boleh didapati di http://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/61b0d20b-8034-42ad-afbc-c07caa 1f6832 .

10 individu pertama yang dapat melengkapkan kesemua 90 aras daripada aplikasi permainan akan layak untuk pergi ke peringkat akhir dan berpeluang untuk memenangi hadiah utama di penghujung peringkat 4.

Permainan tersebut mempunyai tiga peringkat untuk dilengkapkan, dengan 30 aras bagi setiap satu.

Pada setiap peringkat, terdapat kemas kini permainan yang membuka kunci peringkat seterusnya dan menambah aras permainan.

Untuk memenangi hadiah, seseorang pemain perlu melengkapkan 90 aras dan memperolehi skor sebanyak 9000, dengan sepuluh orang pertama yang tamat akan layak ke peringkat akhir.

Acara terakhir ini kemudiannya akan distrimkan secara langsung, dengan "hadiah tunai hebat" untuk tiga individu.

Keseluruhan hadiah permainan adalah: -Pemain pertama yang tamat akan memenangi $1,000,000.
-Tempat kedua akan memenangi hadiah $500,000.
-Tempat ketiga akan memenangi hadiah $250,000.


"Kami sangat teruja kerana setakat ini terdapat 4 gadis yang bermain di acara akhir, terdapat juga seorang lelaki dari Malaysia, seorang lagi dari Mexico," kata Mo Amous, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) AIGC Games.


Konsep Million: The Game adalah untuk menambah keghairahan dan cabaran di gedung aplikasi dan kehadiran seorang gadis berusia 15 tahun menjadikan usaha kami benar-benar berbaloi, kata Mo Amous, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) AIGC Games.
Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget

comment pembaca

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger