Home » » GST jerut leher anak muda

GST jerut leher anak muda

Written By canang on Rabu, 21 Oktober 2015 | 10/21/2015 07:47:00 PTG

KUALA LUMPUR: Ahli DAP, Young Syefura Othman menyifatkan protes mendesak supaya membatalkan pengurangan subsidi minyak petrol dan menghentikan perlaksanaan GST memang wajar bagi menunjukkan kepada pihak kerajaan bahawa ia adalah sesuatu yang tidak rasional untuk mereka meningkatkan harga bahan bakar tersebut bila harga pasaran dunia mengalami penurunan.
“Pihak kerajaan mencanangkan kononnya hanya mengurangkan subsidi, namun harga minyak terus meningkat,” ujarnya sewaktu ditemui FMT.
“Sebelum ini, kerajaan telah menaikkan harga rokok, dan kini harga minyak ,selepas ini apa pula?” soalnya.
Jelas Syefura lagi, dengan perlaksanaan GST, kos hidup sara hidup anak muda akan meningkat terutamanya kepada pelajar lepasan universiti.
“Perlaksanaan GST ini akan lebih menambahkan derita mereka.
“Kini, hendak mencari kerja pun susah, terbeban pula dengan hutang PTPTN, dan ditambah pula dengan perlaksanaan GST.
“Kerajaan sepatutnya kaji, sama ada rakyat boleh atau tidak membayar cukai GST,” jelasnya.
Jelasnya lagi, tindakan pihak kerajaan yang melaksanakan GST ini seakan menjerut lagi leher anak muda terutamanya pelajar lepasan universiti.sumber
Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget

comment pembaca

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger