Home » » "Kita Lapor, Kita Yang Kena Tangkap" - Mahathir

"Kita Lapor, Kita Yang Kena Tangkap" - Mahathir

Written By canang on Isnin, 12 Oktober 2015 | 10/12/2015 08:29:00 PTG



PUTRAJAYA: Mantan Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad menyifatkan penahanan bekas Naib Ketua Umno Batu Kawan, Khairuddin Abu Hassan dan peguamnya, Matthias Chang sebagai satu penyalahgunaan kuasa dan tindakan yang terdesak untuk mendiamkan pengkritik.

Mahathir berkata rakyat Malaysia bernasib malang apabila pihak berkuasa memberi 'mesej' tindakan akan diambil kepada mereka yang melaporkan sesuatu berkenaan kesalahan yang melibatkan pemimpin tertinggi negara.

"Mereka guna perkataan ‘sabotaj’ dari sudut pandangan mereka sendiri. Mereka ketepikan suara dan protes rakyat, kerajaan tidak berfungsi seperti sepatutnya.

"Ini perkara biasa... kita lihat kesalahan kita lapor, tapi sebaliknya pihak berkuasa tangkap kita. Undang-undang untuk kebaikan rakyat bukan untuk untuk kerajaan sahaja…Khairuddin terpaksa buat laporan di luar negara kerana Peguam Negara tak ambil tindakan. Lapor saja, bukan dia pergi pasang bom atau guna senjata,” katanya pada sidang media khas memetik laporan mStar Online.

Sidang media itu mengejutkan ramai apabila turut dihadiri oleh Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Naib Presiden Umno, Datuk Seri Shafie Apdal dan Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah. - Siakapkeli.my
Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger