Home » » Sejuta kereta di Perancis dilengkapi alat menipu

Sejuta kereta di Perancis dilengkapi alat menipu

Written By canang on Ahad, 4 Oktober 2015 | 10/04/2015 07:35:00 PTG

Sejuta kereta di Perancis dilengkapi alat menipu

Paris: Hampir sejuta kenderaan yang dijual di Perancis beberapa tahun lalu dilengkapi dengan alat untuk menipu ujian pencemaran.

Dalam satu kenyataannya, syarikat Volkswagen (VW) di negara itu berkata, 984,064 kereta di Perancis terbabit dalam skandal yang mengejutkan industri automobil.

Kebanyakannya model Volkswagen.

Bagaimanapun, ia juga termasuk kereta Skoda dan Seat yang sebahagian daripada kumpulan VW.

Kerajaan Perancis mendesak supaya siasatan dijalankan di seluruh Eropah selepas syarikat pembuat kereta Jerman itu mengaku ia melengkapkan kereta dengan perisian canggih yang mematikan kawalan pencemaran secara sulit apabila kereta itu dipandu dan memasangnya apabila ia mengesan kereta itu menjalani ujian pencemaran.
Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger