Home » » Terkejut 'mayat' tiba-tiba bangun

Terkejut 'mayat' tiba-tiba bangun

Written By canang on Isnin, 19 Oktober 2015 | 10/19/2015 07:58:00 PTG

MUMBAI - INDIA. Kakitangan sebuah hospital terkejut selepas mayat seorang lelaki bangun secara tiba-tiba sebaik sahaja mereka ingin melakukan bedah siasat terhadapnya.

Ahad lalu, doktor hospital di Mumbai melakukan kesilapan dengan mengesahkan seorang lelaki gelandangan yang dikenali sebagai Prakash telah meninggal dunia selepas polis menjumpainya tidak sedarkan diri dan mengalami beberapa jangkitan.

Memetik laporan AFP, sebaik sahaja bedah siasat hendak dimulakan, kakitangan hospital terkejut dan ketakutan selepas lelaki tersebut bangun dan bernafas.

Prakash kemudiannya dikerjakan ke unit rawatan rapi untuk rawatan lanjut.

Bagaimanapun, dia telah disahkan meninggal dunia akibat jangkitan pada Selasa.

"Ya, dia telah meninggal dunia," kata Timbalan Pesuruhanjaya Polis Mumbai, Ashok Dudhe.

Sementara itu, seorang doktor kanan di hospital besar  di Lokmanya Tilak, Mumbai yang enggan dikenali berkata, punca kematian hanya akan diketahui selepas bedah siasat dilakukan
Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget

comment pembaca

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger