Home » » TOL NAIK: ANINA HENTAM NOH UDANG KERANA PERBODOHKAN RAKYAT

TOL NAIK: ANINA HENTAM NOH UDANG KERANA PERBODOHKAN RAKYAT

Written By canang on Ahad, 18 Oktober 2015 | 10/18/2015 11:09:00 PG

TOL NAIK: ANINA HENTAM NOH UDANG KERANA PERBODOHKAN RAKYAT
Noh Omar cuba menggelirukan rakyat apabila mendakwa kerajaan Selangor sebagai punca kenaikan tol di Lembah Klang.
PETALING JAYA: Anina Saadudin mengingatkan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Seri Noh Omar supaya tidak memperbodohkan rakyat.
Bekas ahli Wanita UMNO itu membuat ingatan itu apabila Noh menyalahkan kerajaan Selangor sebagai punca kenaikan harga tol di Lembah Klang.
Noh meminta Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali memulangkan segala keuntungan dari saham 30 peratus yang dimiliki dalam dua syarikat lebuh raya kepada rakyat.
Anina berkata, kerajaan Pusat dibawah pentadbiran Barisan Nasiona (BN) yang sepatutnya dipersalahkan kerana membenarkan kenaikan kadar tol itu.
“Punca sebenar kenaikan kadar tol adalah kerana Putrajaya mengambil keputusan untuk menghentikan bayaran konsesi yang sepatutnya dibayar oleh Pusat kepada syarikat pengendali lebuhraya.
“Rakyat juga perlu tahu bahawa lebuhraya yang melibatkan pegangan saham 30% anak syarikat kerajaan Selangor hanyalah KESAS dan SPRINT (yang terlibat dalam kenaikan kadar tol),” katanya dalam kenyataan pada Sabtu.
Sehubungan itu, beliau mengingatkan Noh supaya tidak terlalu melampau bermain politik dan menuding jari kepada pihak lain.
“Shah Alam tidak pernah menjanjikan 30% saham anak syarikatnya kepada rakyat TETAPI Putrajaya sememangnya mencanangkan bahawa kutipan GST akan dipulangkan kepada rakyat.
“Saya penyokong BN, tetapi saya tidak menyokong sebarang bentuk pembohongan kepada rakyat. Pengundi BN adalah rakyat. Tidak salah jika saya meminta Putrajaya memulangkan hak rakyat kepada rakyat,” katanya,sumber
Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger