Home » » ADIK KELVIN MORAIS MENDEDAHKAN ABANGNYA DIBUNUH KERANA ADA PIHAK TERTENTU CUBA MENDAPAT MAKLUMAT SIASATAN BERKAITAN INDIVIDU YANG BERKUASA DI MALAYSIA. KINI MAKLUMAT RAHSIA DALAM BENTUK PEN DRIVE TERSEBUT TELAH DI SIMPAN OLEH BELIAU DI AMERIKA.

ADIK KELVIN MORAIS MENDEDAHKAN ABANGNYA DIBUNUH KERANA ADA PIHAK TERTENTU CUBA MENDAPAT MAKLUMAT SIASATAN BERKAITAN INDIVIDU YANG BERKUASA DI MALAYSIA. KINI MAKLUMAT RAHSIA DALAM BENTUK PEN DRIVE TERSEBUT TELAH DI SIMPAN OLEH BELIAU DI AMERIKA.

Written By canang on Khamis, 26 November 2015 | 11/26/2015 07:15:00 PTG

PANAS..!!!!! ADIK KELVIN MORAIS MENDEDAHKAN ABANGNYA DIBUNUH KERANA ADA PIHAK TERTENTU CUBA MENDAPAT MAKLUMAT SIASATAN BERKAITAN INDIVIDU YANG BERKUASA DI MALAYSIA. KINI MAKLUMAT RAHSIA DALAM BENTUK PEN DRIVE TERSEBUT TELAH DI SIMPAN OLEH BELIAU DI AMERIKA.
Adik lelaki Timbalan Pendakwa Raya Anthony Kevin Morais yang mati dibunuh, Charles Suresh Morais, mendakwa bahawa beliau memiliki pen drive yang diberi oleh abangnya sebelum beliau menghilangkan diri.
"Ia kini selamat di Amerika Syarikat bersama seseorang yang diarah mendedahkan kandungannya kepada umum sekiranya sesuatu yang tidak diingini berlaku kepada saya berhubung akuan sumpah berkanun ini.
"Kandungan pen drive itu dengan jelas dan tanpa ragu-ragu mendedahkan bahawa Kevin telah diarahkan melakukan sesuatu sebelum kematiannya yang dikaitkan dengan seseorang personaliti yang berkuasa di Malaysia," kata Charles dalam akuan sumpah berkanun hari ini.
Menurut Charles, abangnya memberitahunya pada Ogos lalu bahawa beliau akan mengirimkan sesuatu kepadanya. Pendrive itu tiba pada Oktober.
Mayat timbalan pendakwa raya itu ditemui dalam tong berisi konkrit di Subang Jaya, Selangor pada bulan September.
Charles hari ini membacakan sebahagian daripada SDnya pada sidang media di pejabat peguamnya Americk Sidhu, di Kuala Lumpur, hari ini.
Katanya, Kevin sebelum dilaporkan hilang sedang dalam proses menyiapkan kertas pertuduhan itu, ketika bertugas di Jabatan Peguam Negara.
Beliau juga mendakwa bahawa adiknya, Datuk Richard Morais, juga bersekongkol dengan ‘seseorang’ yang mengawal “permainan” yang membabitkan pembunuhan Kevin.
Dakwanya, atas alasan itu, Richard menuntut jasad Kevin daripada rumah mayat pada hari yang sama beliau memfailkan permohonan kepada mahkamah untuk membuat bedah siasat kali kedua.
http://www.malaysiakini.com/news/321046
Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger