KUALA LUMPUR: Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor membidas sesetengah pensyarah yang bermain politik dan cuba mempengaruhi golongan muda supaya menyokong pembangkang.
Menteri Wilayah Persekutuan itu menceritakan pengalaman anaknya yang sedang menuntut di salah sebuah universiti tempatan. “Saya beri contoh, macam anak saya baru-baru ini di universiti di tanya, siapa pemimpin di Malaysia yang berani? “Dia (pensyarah) bagitahu jawapannya, Datuk Seri Anwar Ibrahim, jadi macam mana?..
Anda tahu karekter si polan (Anwar) ini…jika itu ikon awak, apa akan jadi kepada anak anda,” katanya ketika berucap dalam Majlis Konvensyen Kebangsaan Kesejahteraan Sosial Komuniti Bandar: Ke Arah Pengukuhan Agenda Berpaksikan Rakyat di Hotel Istana. Tengku Adnan atau Ku Nan berpandangan pemimpin yang berani di negara ini bukan Anwar sebaliknya bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
“Pemimpin paling berani bukan Anwar Ibrahim, tetapi sebenarnya Tun Mahathir. “Pensyarah-pensyarah ini semua akan tukar pemikiran anda…Tapi ingat jika anda tukar pemikiran anak anda hari ini, apa akan jadi masa akan datang. “Inilah masalah kita hadapi.. saya merayu dan minta pensyarah di Malaysia lebih berjaga-jaga,” katanya.
Posted & copy by RAKYAT MARHAEN
2 ulasan:
Kalau Najib dan Ku Nan menjadi ikon remaja, apa akan jadi pada negara?Dipenuhi dengan perompak wang rakyat. Kalau aku jadi pensyarah tu, aku akan tanya 2 lagi soalan- 1) Siapakah Menteri kaki kebas duit rakyat 2) Siapakah Menteri yang merupakan kaki bodek Menteri kebas duit?
Kah kah....bila ku nan berkata kata.macam katak puru menanggil ujan
Catat Ulasan