Home » » Anggota PDRM Disahkan Belasah Tahanan Sampai MATI Di Balai

Anggota PDRM Disahkan Belasah Tahanan Sampai MATI Di Balai

Written By canang on Selasa, 3 November 2015 | 11/03/2015 11:22:00 PTG

PETALING JAYA: Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasa Malaysia (EAIC) mengesahkan kematian seorang tahanan, Syed Mohd Azlan Syed Mohamed Nur pada 3 November 2013 mempunyai kaitan dengan kekerasan pihak polis.
Pengerusi EAIC, Datuk Yaakob Md Sam dalam kenyataan berkata, kematian Syed Mohd Azlan akibat trauma hentakan senjata tumpul ke atas dada si mati.
Beliau berkata, siasata juga mendapati si mati mengalami 61 kesan kecederaan di seluruh badan dipercayai dipukul ketika ditahan dan disoal siasat oleh anggota polis.
“Kecederaan yang dialami si mati konsisten dengan kecederaan mempertahankan diri daripada kekerasan fizikal yang digunakan oleh polis ke atasnya,” katanya yang mengumumkan hasil dapatan siasatan itu.
Yaakob berkata, siasatan juga mendapati terdapat gangguan bahan bukti oleh anggota polis seperti membersihkan tempat kejadian sebelum dilawati, melupuskan tikar getah dan karpet yang mempunyai kesan darah si mati dan perlakuan menyembunyikan saksi tangkapan terhadap si mati.
Katanya, pihaknya mendapati anggota polis menggunakan gari persendirian yang bukan dibekalkan PDRM untuk mengari si mati yang menyumbangkan kepada kecederaan di pergelangan tangan di mati.
Yaakob berkata, pihaknya telah mengesyorkan kepada Jabatan Peguam Negara supaya mendakwa pegawai dan anggota polis yang terlibat dalam kes itu yang telah melakukan jenayah sehingga membawa kematian.
Syed Mohd Azlan ditahan ditahan pada 3 November 2013 di bilik sewanya di Teluk Ramunia, Sungai Rengit, Pengerang, Johor kerana disyaki terlibat dalam pergaduhan dan menggunakan senjata api.
Dia disahkan meninggal dunia di Klinik Kesihatan Bandar Penawar pada hari yang sama ketika dalam perjalanan untuk mendapatkan perintah tahanan reman.
Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger