Home » » Bangun awal pagi jika tidak mahu bayar tol – menteri

Bangun awal pagi jika tidak mahu bayar tol – menteri

Written By canang on Rabu, 4 November 2015 | 11/04/2015 04:31:00 PTG

KUALA LUMPUR : Rakyat disaran supaya merancang perjalanan dengan bangun lebih awal untuk ke tempat kerja jika tidak mahu membayar tol susulan pengenalan kadar baharu tol yang berkuatkuasa bulan lalu.
Cadangan itu dibuat Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan.
Beliau juga mencadangkan rakyat memilih jalan alternatif yang sememangnya disediakan oleh kerajaan bagi pengguna yang mahu mengelak daripada membayar tol.
“Saya nak tekankan, dimana kita letakkan tol kita mempunyai jalan alternatif, ada jalan alternatif dari point A ke point B tanpa melalui tol. Bila tidak melalui tol dia akan memakan masa dan menghadapi kesesakan lalu lintas dan menghadapi banyak lampu isyarat.
“Jadi dari segi itu kita kena bahagi masa, kalau tak nak bayar tol, kita kena bahagi masa. Bahagi masa untuk sampai ke destinasi kita mungkin kena turun 15 minit lebih awal, 20 minit lebih awal kena bangun,” katanya dalam sidang media selepas merasmikan Sambutan Hari Perancangan Bandar Sedunia di Hotel J.W. Marriot pada Selasa.
Rahman yang juga Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional (BN) berkata, kerajaan memperkenalkan tol adalah untuk memendekkan perjalanan.
Bagaimanapun, katanya, kerajaan terpaksa membenarkan konsesi menaikkan kadar tol memandangkan kos untuk penyelenggaraan lebuh raya semakin meningkat.
“Kos untuk menyelanggara ini semakin hari semakin meningkat dan kita tahu bahawa tol tidak naik untuk beberapa tahun dan bila dia naik kita berharap rakyat faham kos itu meningkat,” katanya.
Share this article :

1 ulasan:

Unknown berkata...

CARA NEGARA KAFIR SINGAPORE SEKSA RAKYAT.

SINGAPURA: Perjalanan menaiki MRT sebelum waktu sibuk secara percuma akan dilanjutkan setahun lagi, hingga 30 Jun 2016.

Ini menurut kenyataan oleh Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) yang dikeluarkan hari ini (26 Mei).

Di bawah skim itu, para penumpang yang mengakhiri perjalanan mereka sebelum 7.45 pagi pada hari-hari biasa di 18 stesen MRT di kawasan bandar akan dapat menikmati perjalanan percuma.

Para penumpang yang keluar dari 18 stesen-stesen MRT tersebut antara 7.45 pagi dengan 8 pagi akan mendapat potongan harga sehingga $0.50 daripada tambang perjalanan mereka.

Stesen-stesen yang terlibat adalah Bayfront, Bras Basah, Bugis, Chinatown, City Hall, Clarke Quay, Dhoby Ghaut, Downtown, Esplanade, Lavender, Marina Bay, Orchard, Outram Park, Promenade, Raffles Place, Somerset, Tanjong Pagar dan Telok Ayer.

Sejak skim itu diperkenalkan pada Jun 2013, jumlah penumpang semasa waktu sibuk pagi, berkurangan 7% hingga 8%.

Nisbah perjalanan waktu sibuk pagi berbanding perjalanan sebelum waktu sibuk pagi, berdasarkan para penumpang yang keluar dari stesen-stesen terlibat, juga turun daripada 2.7 dan kini stabil pada 2.1.

Pas perjalanan di luar waktu sibuk membolehkan para penumpang menaiki MRT pada hari-hari biasa tanpa had, sebelum waktu yang ditetapkan.

Pas bulanan bagi orang dewasa termasuk penduduk tetap adalah $120, sementara bagi orang kurang upaya dan warga tua, harganya hanya $60.

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger