Home » » Izzah fail saman fitnah terhadap IGP, Ismail Sabri

Izzah fail saman fitnah terhadap IGP, Ismail Sabri

Written By canang on Khamis, 26 November 2015 | 11/26/2015 08:13:00 PTG

Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar memfailkan saman fitnah terhadap Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar dan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini.
Ia kerana Khalid dan Ismail Sabri mengaitkan beliau dengan perbuatan khianat kepada negara ekoran pertemuannya dengan anak perempuan bekas ketua kumpulan bersenjata Sulu, Jamalul Kiram III, Jacel H Kiram.
Khalid berkata boleh disiasat di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA) dan Seksyen 124 Kanun Keseksaan kerana bertemu Jacel boleh mengancam keselamatan dan keamanan negara serta dianggap musuh negara yang menyebabkan ramai anggota keselamatan terkorban.
Sementara Ismail pula dilapor menyifatkan tindakan Nurul Izzah itu sebagai "penderhakaan kepada negara" kerana mengguris perasaan rakyat Sabah dan waris anggota keselamatan dan boleh diambil tindakan bawah Akta Pencegahan Keganasan (POTA).
Gambar pertemuan Nurul Izzah itu tersebar selepas Jacel memuat naik empat keping gambar bertarikh 9 November dalam akaun Facebook beliau.
Bagaimanapun, Naib presiden PKR itu menyatakan kekesalannya berhubung kegusaran yang timbul akibat foto beliau bersama Jacel tersebar.
Mnakala Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said pula berkata kerajaan akan mengheret Nurul Izzah ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen.
Bercakap kepada pemberita di lobi kompleks mahkamah itu, Nurul Izzah kesal dan memohon maaf terhadap kegusaran yang timbul berhubung perkara itu tetapi menolak tanggapan bahawa beliau mengkhianati negara.
"Saya telah tekankan sebelum ini dalam kenyataan awal saya. Tentang gambar yang dilaporkan sehingga (timbul) dakwaan pengkhianatan kepada negara. Ini saya tolak sama sekali.
"Saya kesal dan saya mohon maaf... Tapi pada masa yang sama saya nampak bagaimana ia diputarbelitkan sampai ke tahap ini.
"Dan saya terpaksa saman begini untuk mempertahankan nama saya dan juga serangan terhadap saya yang membabitkan siasatan di bawah Akta Pencegahan Keganasan 2015 (POTA) dan juga (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA), kalau memetik daripada kata-kata Ismail Sabri (dan Khalid)," kata Izzah.
Menurut anak sulung Datuk Seri Anwar Ibrahim itu lagi, beliau akan ke Ibu pejabat Polis Bukit Aman bersama peguam Sivarasa Rasiah bagi menjawab segala pertuduhan yang dilemparkan terhadapnya petang esok.
"Esok, saya akan pergi ke Balai Polis Bukit Aman jam 4 petang dengan peguam Sivarasa untuk menunjukkan saya bersedia untuk menjawab segala persoalan.
"Pada masa yang sama saya tidak rela digelar sebagai pengkhianat apa lagi pada masa saya tidak bersalah,” katanya.
Sementara itu, peguamnya N Surendran pula berkata saman fitnah ini difailkan kerana anak guamnya telah dianggap pengkhianat.
Surendran berkata Nurul Izzah selaku plaintif menuntut ganti rugi am dan ganti rugi teruk daripada Khalid dan Ismail selaku defendan.
Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger