Home » » "Kenapa Sibuk Sangat Nak Tahu Pasal Harta Kakak Saya?"

"Kenapa Sibuk Sangat Nak Tahu Pasal Harta Kakak Saya?"

Written By canang on Jumaat, 13 November 2015 | 11/13/2015 12:51:00 PTG


Kehidupan mewah Rozita Che Wan sekeluarga sering kali menjadi topik perbualan orang ramai. Ramai yang cemburu, dengki dan mempertikaikan kekayaan pelakon ini. Ada jua yang mempersoalkan dari mana datangnya kemewahan tersebut.

Mulut orang memang sukar untuk ditutup. Apabila Che Ta selalu bercuti ke luar negara, beli hadiah mahal-mahal untuk anak dan bawa photographer ketika bercuti, confirmlah ramai yang akan dengki. 

Adik kepada Rozita Che Wan, Ayu Raudhah melahirkan rasa kasihan melihat kakaknya itu yang sering dikutuk dan dipersoalkan mengenai kemewahan dimiliki. Kejayaan Che Ta bukanlah datang bergolek tetapi adalah hasil kerja keras sehingga tiada masa untuk diri sendiri. 

"Saya kasihan tengok dia yang sering dikritik. Bagi saya, kemewahan yang dimilikinya sekarang ini adalah hasil usaha dia yang dia lakukan selain tidak pernah tahu erti penat. 

"Apa-apa pun saya tumpang gembira dengan kehidupannya dan keluarga melihat mereka sudah ke tahap itu. Saya dan adik beradik lain juga mahu mengikut jejaknya menjadi ahli perniagaan yang berjaya," katanya.SUMBER
Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger