Home » » Pelancong China masuk Malaysia percuma: Najib

Pelancong China masuk Malaysia percuma: Najib

Written By canang on Khamis, 26 November 2015 | 11/26/2015 06:29:00 PTG

PUTRAJAYA, Selasa – Pelancong China bakal memperoleh faedah besar setelah Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Mohd Najib Razak mengumumkan pengenalan visa elektronik (e-visa) dan visa percuma.
Pengenalan yang bermula Januari tahun depan bertujuan menggalakkan lebih ramai pelancong negara Tembok Besar itu datang ke negara ini.
Visa percuma diberikan dengan syarat pelancong datang secara berkumpulan dengan minimum dua orang dalam satu masa.
“Kita berharap dengan dua keputusan penting ini dapat melonjakkan lagi jumlah kehadiran pelancong China ke Malaysia.
“Selain itu, kita juga melihat kepentingan dalam bidang pendidikan menerusi pembukaan cawangan pertama Universiti Xiamen di Malaysia yang kita jangka pengambilan pertamanya adalah pada Februari tahun depan. Kita berharap China dapat menghantar pelajar-pelajarnya untuk belajar di universiti tersebut,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika membaca kenyataan bersama sempena lawatan rasmi Perdana Menteri China, Li Keqiang ke Malaysia di Bangunan Perdana Putra di sini semalam
Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget

comment pembaca

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger