Home » » PPZ: Berdosa tak bayar zakat melalui kerajaan

PPZ: Berdosa tak bayar zakat melalui kerajaan

Written By canang on Khamis, 19 November 2015 | 11/19/2015 09:54:00 PTG

Pengerusi Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) Datuk Che Mat Che Ali menegur tindakan pihak yang tidak membayar zakat melalui pusat zakat yang disediakan kerajaan.
Che Mat berkata, walaupun tindakan sesetengah pihak membayar zakat terus kepada institusi tertentu, namun ia dianggap "berdosa" kerana tidak membayar kepada kerajaan memerintah.
Bagi mengukuhkan hujahnya, beliau turut membacakan sepotong ayat al-Quran yang menyeru umat Islam supaya taat kepada Allah, Rasul dan pemerintah.
"Seperti yang Majlis Fatwa Kebangsaan tahun 2006 sebut... kena bayar kepada pemerintah. Tapi ada mereka yang bayar macam ini (tidak kepada pusat zakat) hukumnya sah tetapi berdosa.
"Sebab ini kerajaan. Kalau bayar secara terus, nanti orang yang kita rasa nak bayar, ramai yang bayar di situ sedangkan kalau melalui sistem agihan Baitulmal, kita ada data siapa yang betul-betul orang yang layak atau tidak," katanya.
Beliau menjawab soalan pemberita mengenai sesetengah pihak yang membayar zakat melalui institusi tertentu seperti sekolah tahfiz, selepas majlis penyerahan zakat koperasi 2015 di ibu negara hari ini.
Dalam sidang media itu juga, Che Mat berkata orang ramai perlu membuat pembayaran zakat di pusat yang disediakan bagi memastikan agihan kepada asnaf diberi secara adil.
"Agihan ini kena adil. Kita tak mahu orang buat aduan. Mungkin tak adil untuk dia dapat sumbangan dari orang lain.
"Kita nak mencari pahala dan berkat tapi kalau buat begitu nanti orang lain akan kecewa," katanya lagi.
Sementara itu, PPZ-MAIWP hari ini menerima zakat perniagaan koperasi berjumlah RM1.68 juta daripada 14 buah koperasi yang membuat pembayaran zakat mereka sepanjang tahun haul 2014.
Majlis hari ini diadakan bertujuan memberi galakan serta berharap agar lebih banyak koperasi akan membuat pembayaran zakat perniagaan bagi tahun-tahun seterusnya.
Share this article :

2 ulasan:

Pedagang Lilin berkata...

fatwa baru dari manusia berkepentingan!!
apa pula hukumnya kepada negeri yg tak agih zakat kpd yg berhak malah guna duit zakat utk tujuan bisnes...

nick berkata...

Sah tapi "berdosa"? LOL...ni mahzab mana pulak ni? Tuang Pengarah ni faham hukum ke idak? Sah tapi berdosa tu pernah kuar hukum oleh Nabi atau oleh sahabat, ke? Sah tapi makhruh tu den memang faham tapi kalau sah digandingkan dengan dosa tu, macam mana pulak? Ni Islam wan emdibi ke Islam hadcuri2? Atau Islam aku buat sendiri (hukum) wahai Cik Mat! Apa2 pun di kala ini semua orang Islam sudah faham bahawa kalau pasal duit, orang2 UMNO ni tak kenal haram atau halal, semua sapu. Tu yang orang ralat sangat nak pi bayar kat agensi2 Kerajaan (sebab kebarangkalian ianya tak smapai ke tangan asnaf2 tu agak tinggi) terutama bila spesis2 macam Cik Mat ni duduk dan pegang jawatan tinggi kat tempat2 yang banyak duit ni. Tak dak siapa pun rela UMNO kebas duit yang di sedekahkan untuk anak2 yatim dan fakir miskin. Anak2 yatim dan fakir miskin dapat duit sedekah beli makanana dan barangan keperluan asas BUKAN pegi jalan2 makan angin dan main golf! Ada faham ka, Cik Mat?

Nick.
Cape Tiger.

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger