Home » » Soal balas Anwar ditangguh, peguam Nalla sakit

Soal balas Anwar ditangguh, peguam Nalla sakit

Written By canang on Ahad, 22 November 2015 | 11/22/2015 04:26:00 PTG

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menangguhkan soal balas terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana peguam kanan Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah tidak sihat.
Shafee mewakili Presiden Parti India Malaysia (MUIP) Datuk S Nallakaruppan dalam kes saman fitnah Anwar susulan dakwaan pemimpin PKR mengambil wang daripada Magnum Bhd.
Seorang lagi peguam Nallakaruppan, Sarah Abishegam memberitahu Pesuruhjaya Kehakiman Mohd Zaki Abdul Wahab di dalam kamar bahawa Shafee tidak sihat.
Zaki bagaimanapun mahu surat sakit (MC) daripada doktor dikemukakan.
Selepas berehat sebentar dan MC diserahkan, Sarah berkata doktor meminta Shafee berehat dua hari sehingga esok.
Zaki bagaimanapun berkata kedua-dua pihak perlu hadir esok kerana kes itu sudah lama dan perlu diselesaikan.
“Kita datang 10.30 pagi esok dan tengok bagaimana,” kata hakim.
Sesi soal balas Anwar ditetapkan selama tiga hari
Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger