Home » » 'Teong Kim kurang ajar, tak beretika'

'Teong Kim kurang ajar, tak beretika'

Written By canang on Jumaat, 20 November 2015 | 11/20/2015 01:18:00 PTG


B Sathiananthan nampaknya tidak berlapik ketika menanggapi komen Pengarah Program Pembangunan Bola Sepak Negara (PPBN), Lim Teong Kim, semalam.
Kata Presiden Persatuan Jurulatih Bola Sepak Malaysia (PJBM) itu, komen Teong Kim adalah "kurang ajar".
Menurut jurulatih berpengalaman itu, kenyataan dibuat Teong Kim dianggap teralu keras dan membuta-tuli serta tidak menyenangkan semua ahli PJBM.
"Beliau keterlaluan, bukan semua jurulatih tempatan seperti yang dikatakan Teong Kim. Malah, kita ada ramai barisan jurlatih berwibawa.
"Sepanjang sejarah bola sepak negara, jurulatih tempatan juga yang membawa pasukan kebangsaan mencipta kejayaan besar," katanya ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.
Teong Kim semalam dilaporkan berkata, jurulatih bola sepak di negara ini bersikap "bodoh sombong" dan "ego" untuk bertukar-tukar idea.
"Jurulatih-jurulatih tempatan hanya bekerja dalam negara sahaja, dan apa level bola sepak Malaysia?
"Dan kerana itulah mereka jangan ego untuk berkongsi pengalaman dengan pakar-pakar yang ada di sini," katanya dipetik mStar Online.
Bergantung kepada menteri
Teong Kim (kiri) adalah bekas pemain kebangsaan pada 1980-an dan pernah menjadi penolong jurulatih pemain remaja kelab gergasi Jerman, Bayern Munich.

Kata Sathiananthan, jurulatih tempatan masih ada melakar kejayaan di peringkat antarabangsa seperti Datuk K Rajabobal yang membawa Malaysia menjuarai Piala Suzuki AFF dan Datuk Ong Kim Swee di Sukan SEA.
Meluahkan lagi kekecewaan PBJM, Sathianathan berkata, kedudukan Teong Kim sebagai Pengarah PPBN hanyalah bergantung kepada Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar.
"Kalau tiada Khairy, dia tak dapat lakukan seperti mana kedudukan yang ada hari ini. Program pembangunan bola sepak ini sudah lama saya cadangkan kepada kerajaan, tetapi tiada siapa bagi sokongan.
"Sekarang kita bertuah sebab ada menteri yang begitu komited terhadap bola sepak dan Teong Kim sepatutnya tidak bersikap begitu," kata Sathiananthan yang turut pernah menjadi jurulatih skuad kebangsaan.
Selain itu, beliau turut menyifatkan kenyataan Teong Kim sebagai tidak beretika.
"Beliau juga orang Malaysia, tidak manis jika dia mengeji dengan sewenang-wenangnya jurulatih di negara beliau sendiri.
"Beliau harus ingat, PPBN masih di tahap permulaan dan sepatutnya diberi fokus dengan tugasnya dan bukan mendabik dada," katanya.
Sathiananthan menambah, pihaknya sentiasa membuka pintu kepada mana-mana pihak, termasuk PPBN untuk mengemukakan pandangan dan maklumat mengenai aspek kejurulatihan dengan ahli-ahlinya.
“Kita mesti menghormati semua jurulatih. Sebagai pengarah PPBN, beliau sepatutnya mengutarakan pandangan secara rasmi melalui saluran PJBM.
“Saya memohon agar beliau segera mendaftarkan diri sebagai ahli PBJM supaya dapat boleh mencurahkan khidmat bakti melalui saluran yang tepat.
“Nak mengutuk, mengeji jurulatih tempatan itu bukanlah sesuatu yang positif. Kenyataan beliau amat dipandang serius oleh PJBM demi pembangunan bola sepak negara,” jelasnya
Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger