Home » » [VIDEO JADI VIRAL]Lagu derma RM2.6 bilion Najib raih perhatian media sosial

[VIDEO JADI VIRAL]Lagu derma RM2.6 bilion Najib raih perhatian media sosial

Written By canang on Jumaat, 6 November 2015 | 11/06/2015 10:26:00 PG

Sebuah lagu dinyanyikan seorang penulis lirik bebas tempatan, mengenai
derma politik RM2.6 bilion Datuk Seri Najib Razak yang diterima daripada
seorang penderma Timur Tengah, sedang meraih perhatian ramai di media
sosial.
Lagu bertajuk Mana Hilang 2.6 Bintang itu digubah Amirudin Hizadin,
merujuk derma dimasukkan ke dalam akaun peribadi perdana menteri itu,
sebagai “bintang hilang” yang membuatkan seluruh dunia dalam kebingungan
dan kegelapan.
Video muzik lagu akustik yang dimuat naik ke Facebook itu, serta
dikongsi banyak laman sesawang terkenal, sehingga kini meraih 80,000
tontonan.
Dalam lagu itu, beliau berdendang tentang kesusahan rakyat Malaysia,
termasuk peningkatan kos sara hidup disebabkan harga tol, minyak,
elektrik dan makanan yang semakin meningkat.
Beliau juga menyentuh tentang Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dan
pelbagai inisiatif kerajaan yang sepatutnya mengurangkan kesukaran
kehidupan harian rakyat.
Walaupun lirik lagu itu tidak menyebut nama Najib, wujud rujukan
terselindung kepada skandal berlanjutan perdana menteri itu yang
menyebabkan timbul desakan untuk beliau meletak jawatan, mencetuskan
kekecohan, berdasarkan komentar yang diberikan.
“Alangkah indahnya kalau Najib tidak ada… bintang pun kembali terang,” kata Ant Man di akaun Facebook Sukan Star TV, di mana video lagu itu dikongsi.
Azimah Zainul menambah:“Sedihnya lagu ini, macam ada kena mengena dengan hidup saya… T_T.”
Rini Reney berkata:“Bagus lagu ini… dalam kita troll, inilah realiti isi hati rakyat Malaysia…”
Di Youtube, Aaron Siva berkata:“Indah sampai buat saya mahu menangis.”
Najib berdepan kritikan paling lantang sepanjang kerjaya politiknya
berikutan pendedahan derma RM2.6 bilion itu serta skandal cabang
pelaburan negara sarat hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Akhbar The Wall Street Journal yang mendedahkan perkara itu pada Julai
berkata, sumber dana itu tidak diketahui, tetapi wujud pergerakan wang
melalui pelbagai entiti berkaitan 1MDB dalam pelbagai jumlah, terbesar –
AS$681 juta (RM2.6 bilion) dimasukkan ke dalam akaun peribadi Najib
pada Mac 2013, sebelum pilihan raya umum pada Mei tahun sama. – 5
November, 2015.sumber
Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger