Home » » Bersediakah untuk sex-talk?

Bersediakah untuk sex-talk?

Written By canang on Rabu, 30 Disember 2015 | 12/30/2015 02:57:00 PTG


Seks, subjek yang tabu sehingga kita terlalu khuatir bercakap mengenainya dengan anak sendiri. Tetapi sebaiknya ibu-bapa yang harus memulakan langkah sebelum anak kita dipengaruhi orang luar.

Bila editor cadangkan saya buat satu artikel mengenai kes rogol bawah umur yang semakin menjadi, khususnya di bandar raya dan kota metropolitan, saya terus terbayangkan anak perempuan saya yang baru berusia 7 tahun.
Sehari sebelum itu, saya berbincang dengan suami supaya berhati-hati dengan setiap percakapan dan perbuatan, termasuk menonton filem dan mendengar lagu. “Kita kena hati-hati. Anak dah besar dan dia sudah perasan apa yang sedang berlaku di sekeliling. Kematangannya sama dengan kematangan saya pada usia 14 atau 15 tahun. Saya dapat rasakan,” itu kata-kata saya.
Suami saya yang pada awalnya memandang ringan, bagaimanapun mengakui kanak-kanak sekarang lebih mahir, matang dan luas pengetahuan. Faktor makanan, persekitaran rakan, keluarga dan laman sosial seperti Facebook, Wechat atau WhatsApp, mungkin lebih lagi mempengaruhi mereka dan ajar mereka semuanya.
Kebetulan juga seorang ibu daripada kumpulan Whatsapp ibu bapa sekolah anak saya pula berkongsi video. Video tentang mendidik anak daripada serangan seksual.
Dan perbualan kami terus menjurus kepada isu semasa yang sedang panas di akhbar.
“Benar, kita kena bagi tahu anak-anak kita tentang serangan seksual. Kita kena ikhlas, terbuka dan pastikan mereka faham. Dunia sekarang sangat menyeramkan,” kata seorang ibu.
“Tak mengapa, lambat laun mereka akan faham. Lagipun budak-budak sekarang banyak bertanya. Takut kita bagi tau sikit, banyak pula mereka nak tahu, susahlah nak jawab!,” keluhan seorang bapa yang tidak berapa setuju dengan pendapat kami.
Ibu bapa sekarang terlalu banyak dilema, membesarkan anak-anak bukan mudah, bukan seperti zaman ibu bapa atau atuk nenek kita. Mungkin bermula daripada generasi saya, kita sudah berdepan dengan fasa awal bermulanya pelbagai masalah sosial. Kini, ia di luar kawalan.
Ini khususnya apabila ibu dan bapa bekerja, menyahut cabaran Menteri 3.85, Datuk Ahmad Maslan untuk bekerja tambahan sehingga lupa anak-anak di rumah. Anak-anak tiada pengawasan dan terlibat dalam pelbagai perkara yang tidak diingini. Eh, maaf, saya bukan salahkan menteri.
Kebimbangan saya ialah di mana dan bagaimana pendidikan seks harus bermula? Ibu bapa, guru, sekolah, orang lain (?), malangnya, kebanyakan anak kita belajar tentang seks daripada rakan sebaya atau rakan-rakan lain yang mana seks hanya dilihat sebagai penghadam nafsu.
Akibatnya, kita dikejutkan dengan berita seorang remaja berusia 17 tahun yang mengakui dirinya dirogol beberapa kali sejak di berusia 14 tahun oleh guru tusyenya. Tidak ketinggalan beberapa kes remaja perempuan dirogol beramai-ramai, oleh teman lelaki, oleh rakan dan ada yang menawarkan diri untuk melakukan seks selepas dikaburi dengan nama cinta dan sebagainya.
Bagi saya, semua ini agak menjijikan sehinggalah saya sedar, saya juga mempunyai seorang anak perempuan!
Sudahlah duduk di Selangor, negeri yang mencatat kes rogol paling tinggi sejak 2013 hingga bulan Oktober 2015.
Usia mangsa rogol yang direkod menambah kegusaran.
Menurut statistik, majoriti mangsa rogol terdiri daripada remaja seawal usia 13 hingga 15 tahun. Lebih memeranjatkan terdapat peratusan signifikan mangsa rogol yang terdiri daripada usia 6 hingga 9 tahun.
“Jadi anda rasa anak kita di sekolah rendah masih kecil untuk didedahkan dengan pendidikan seks?.
“Anda tidak mahu mendedahkan mereka dengan realiti?” tanya seorang lagi ibu dalam kumpulan Whatsapp yang sama.
Jadi, apa yang perlu dilakukan sekarang? Minta kerajaan putuskan pengajaran pendidikan seks di sekolah? Sediakan satu platform untuk kanak-kanak belajar dan berkongsi ilmu tentang pendidikan seks, didik ibu bapa untuk mengajar anak, mungkin tubuhkan satu jawatankuasa pengawasan di sekolah dan kawasan sekitar sekolah, atau ??? Bagaimana?
Ataupun sekadar berbincang dalam kumpulan Whatsapp, kongsi statistik, video dan lain-lain, tunggu untuk statistik baharu akan datang dan berbincang seterusnya.
Pendapat peribadi saya ialah, semuanya bermula dari rumah, sayalah (ibu) atau suami saya (bapa) orang yang paling sesuai, selesa dan tahu tentang anak saya. Saya sepatutnya menjadi orang pertama didik mereka tentang seks dan hubungan ini. Saya tidak mahu anak saya mendapat tahu tentang seks daripada orang ketiga. Tetapi bagaimana saya memulakannya..freemalaysiatoday
Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger