Home » » Gagal Selesai 1MDB, Najib Kencing Rakyat Lagi Kata Anina

Gagal Selesai 1MDB, Najib Kencing Rakyat Lagi Kata Anina

Written By canang on Khamis, 31 Disember 2015 | 12/31/2015 12:33:00 PG

Gagal Selesai 1MDB, Najib Kencing Rakyat Lagi Kata Anina
Rakyat Malaysia bukan sahaja menanti detik terakhir 2015 yang bakal melabuhkan tirainya pada 31 Disember, tetapi juga janji dan jaminan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menyelesaikan isu syarikat pelaburan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) sebelum akhir tahun ini.
Kegagalan Najib menyelesaikan kemelut syarikat 1MDB yang sarat dengan hutang menjelang 31 Disember (esok) seperti yang dijanjikan beliau bermakna beliau telah menipu dan kencing rakyat Malaysia sekali lagi.
Bekas Ahli Wanita UMNO Langkawi, Anina Saadudin berkata demikian, ekoran tempoh masa yang diberikan oleh beliau sendiri hanya tinggal sehari dan masih belum memutuskan atau tampil dengan sebarang keputusan yang konkrit dan jelas.
“Saya mahu Datuk Seri Najib tahu bahawa 30 juta rakyat Malaysia memiliki azam tahun baru yang mungkin tidak pernah berlaku kepada kesemua 180 negara seluruh dunia. Mereka mahu Perdana Menteri yang telah kencing tiga juta ahli UMNO dan 20 juta rakyat Malaysia meletakkan jawatan pada 1 Januari 2106.
“Tiada peluang kedua untuk membina Malaysia yang berhadapan kehancuran ekonomi dan demokrasi sekiranya Datuk Seri Najib terus menerajui negara ini. Percayalah, sekiranya beliau terus cuba menutup kegagalan dan penipuannya dengan melakukan penipuan-penipuan lain, ianya akan menghancurkan Malaysia,” katanya ketika dihubungi.
Anina yang dipecat dari UMNO kerana memperjuang parti turut mengingatkan Najib supaya tidak menghancurkan hidup dan masa rakyat kerana ia akan menjadikan Presiden UMNO itu dilihat sebagai mayat hidup yang tidak mempunyai jiwa.
“Apa lagi yang Datuk Seri Najib mahu dalam hidup? Datuk Seri Najib memiliki isteri yang sungguh cantik, anak-anak yang berjaya, kesenangan hidup dan pernah berkhidmat berpuluh tahun dalam kabinet sehingga menjadi Perdana Menteri. Segalanya telah DS kecapi dalam hidup,” katanya.
Mengulas lanjut, dia turut menyeru rakyat negara ini supaya berdoa agar keputusan Mahkamah Tinggi esok berhubung permohonan Perdana Menteri untuk mengenepikan saman yang dilakukannya gagal demi mencari keadilan yang sebenar, SUMBER
Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger