Home » » Lelaki Ditahan Kerana Beromen Dengan Kambing!

Lelaki Ditahan Kerana Beromen Dengan Kambing!

Written By canang on Khamis, 31 Disember 2015 | 12/31/2015 09:41:00 PG

 DUNIA yang kita diami hari ini dipenuhi pelbagai peristiwa dan
kejadian pelik. Semakin hari, makin banyak kita dengar cerita-cerita
yang adakala membuatkan kita berfikir, apakah ianya benar atau rekaan
semata-mata?




Terbaharu, seorang lelaki Darryl Gene Scoggin, 53, di Chisholm Road,
Oklahoma, Amerika Syarikat ditahan kerana tindakan kejinya bersetubuh
dengan seekor kambing pada malam Krismas lalu.


Di lokasi inilah perbuatan sumbang tersebut dilaporkan berlaku.
Lokasi perbuatan sumbang tersebut dilaporkan berlaku.
Menurut Jabatan Polis Bandar Oklahoma, Scoggin ditahan setelah menerima laporan saksi yang turut berada di lokasi kejadian.


Penangkapan dilakukan pada malam sama Scoggin memuaskan nafsunya dengan kambing tersebut.


Saksi kejadian ‘ngeri’ tersebut berkata, dia ternampak suspek
memegang bahagian belakang kambing tersebut dengan seluar yang
dipakainya ketika itu terlondeh di buku lali.


Dia yang berang dengan kejadian tersebut menyergah dan bertindak
menangkap Scoggin yang cuba melarikan diri sebelum menelefon pihak
polis.


Difahamkan kes masih disiasat oleh pihak berkuasa sana namun
sekiranya ia benar-benar terjadi, diharapkan hukuman yang setimpal akan
diterima pelaku perbuatan hina ini.  – MYNEWSHUBCC


Sumber: Mirror UK

Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger