Home » » Marsha Akui Sudah Peluk Islam, Bakal Bernikah Lusa

Marsha Akui Sudah Peluk Islam, Bakal Bernikah Lusa

Written By canang on Selasa, 29 Disember 2015 | 12/29/2015 08:45:00 PTG



BAGI menjawab teka-teki ramai mengenai status agamanya,
pelakon dan penyanyi Marsha Milan Londoh akhirnya mengesahkan dia telah
memeluk agama Islam dan bakal diijabkabulkan dengan teman lelakinya,
pada Khamis.

Bagaimanapun, bintang kelahiran program realiti Akademi Fantasia (AF) ini memilih untuk merahsiakan lokasi dan tarikh dia memeluk Islam.


“Saya sudah memeluk Islam. Segala-galanya berjalan dengan lancar seperti dirancang.


“Apa yang saya harapkan penghijrahan saya ini tidak disensasikan. Ini kerana ia terlalu peribadi buat saya.


“Saya memohon jangan dihebohkan perkara ini kerana semuanya sudah selesai demi menghormati keluarga kedua-dua belah pihak,” katanya kepada BH Online.


25


Difahamkan, majlis pernikahannya diadakan secara tertutup di Pulau Pinang.


Marsha dan bakal suami dilaporkan sudah berkenalan 10 tahun lalu
sebelum mengambil keputusan mengikat tali pertunangan di kampung halaman
Marsha di Sabah pada 14 Disember lalu.


Jejaka pilihannya, Mohamed Shaiful Nizam merupakan seorang ahli peniagaan dan anak kepada pasangan VIP.


Berita mengenai perkahwinan Marsha terbongkar apabila gambar kad
undangan majlis resepsi yang tertera namanya bersama Mohamed Shaiful
Nizam tersebar di Forum Cari.


Menerusi kad tersebut, majlis resepsi perkahwinan Marsha tercatat
pada tanggal 8 Januari (Jumaat) di Hotel Majestic Kuala Lumpur. –
MYNEWSHUB.CC

Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger