Home » » (MELAYU DITINDAS DI BUMI MALAYA) Penipu terlepas, pembela mangsa tipu pula kena tindakan

(MELAYU DITINDAS DI BUMI MALAYA) Penipu terlepas, pembela mangsa tipu pula kena tindakan

Written By canang on Ahad, 27 Disember 2015 | 12/27/2015 01:00:00 PTG

PEDANG terperanjat apabila mendapat berita bahawa aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) disoal siasat beberapa jam oleh pihak polis, semalam, berikutan kejadian di Kompleks Kota Raya di ibu negara, beberapa hari lalu.

Siasatan itu dipercayai dilakukan selepas Pengarah Unit Tindakan Khas PPIM, Muhammad Yusuf Azmi bersama seorang pembeli yang ditipu dalam urusan pembelian telefon bimbit di kompleks berkenaan, menemui peniaga terbabit dan menyelesaikan kes itu.

Dalam pertemuan itu, peniaga terbabit telah bersetuju memulangkan wang mangsa yang sekali gus membuktikan mereka memang penipu. Kalau tidak menipu kenapa harus dikembalikan wang berkenaan.

Isu itu kemudian menjadi semakin kontroversi apabila beberapa peniaga yang kebanyakannya berbangsa Cina, didakwa menipu lebih ramai pengguna sehinggakan ada yang bertindak di luar batasan iaitu mengurung pembeli yang enggan membeli telefon pintar di kedai mereka.

Maka, menjadi tanggungjawab PPIM yang menerima maklumat dan aduan berkaitan kes penipuan itu untuk tampil membantu mangsa penipuan. Dan, tindakan itu diambil atas dasar untuk mendapatkan pembelaan, bukan melakukan jenayah.

Malah, gambar yang disiarkan dalam media sosial juga menunjukkan ‘penipu’ itu mengembalikan wang pembeli yang ditipunya.
Harus diingat bahawa ini bukan kali kedua peniaga Cina menipu pembeli yang terdiri daripada orang Melayu. Malah, Pedang percaya ramai lagi Melayu ditipu dalam pembelian peralatan lain, termasuk komputer, tetapi berapa kerat penipu ini yang ditangkap dan dikenakan tindakan.

Perlulah diingat bahawa kelewatan dan kealpaan pihak berkuasa mengambil tindakan ke atas penipu itu menyebabkan mangsa bertindak ganas. Akibatnya pengguna Melayu menyerang peniaga Cina dan persepsi orang ramai ialah ia membabitkan perkauman.

Peniaga di kompleks itu juga dilaporkan bertindak melakukan jenayah iaitu ‘pengurungan secara tidak sah’ apabila ada pembeli yang cuba membatalkan niat membeli telefon bimbit di kedai mereka.

Dilaporkan pada Rabu lalu, seorang lelaki, Dipres Nasution Mohd Ariffin, 28, dikurung di dalam sebuah bilik kecil selama empat jam oleh beberapa orang lelaki kerana enggan meneruskan pembelian empat telefon bimbit di sebuah kedai.

Kejadian berlaku apabila dia tidak bersetuju untuk membeli ekoran harga telefon tersebut telah melonjak kepada RM10,000 berbanding harga yang dipersetujui iaitu RM800 dan RM200 bagi setiap unit.

Dia akhirnya dilepaskan setelah bersetuju membayar RM5,000 (itu pan secara paksa) bagi empat telefon bimbit dengan jenis telefon tidak sama dengan pilihan asal. Adakah pihak polis mahu menunggu mangsa membuat aduan dikurung, baru hendak melakukan siasatan dan tangkapan?

Akibat daripada kerap menjadi mangsa penipuan, sesetengah pengguna mula bertindak sendiri (itu pun selepas tiada tindakan daripada pihak berkuasa), dengan menyerbu dan menyerang peniaga di kompleks terbabit. Bagi mereka dengan cara itu sajalah peniaga yang menipu itu patut diberi tunjuk ajar.

Pedang hairan kenapa tiada tindakan diambil ke atas peniaga yang didapati menipu pengguna, malah kes di Kota Raya bukan kali pertama berlaku, sebaliknya insiden Plaza Low Yat, masih belum reda diperkatakan.

Adakah anggota penguat kuasa mengenali tauke-tauke penipu itu? Dan tauke-tauke itu menjadi ‘lembu’ mereka.

Dan, tiba-tiba pula pembela kepada mangsa penipuan itu diperintah hadir untuk soal siasat. Jika tidak hadir pastinya akan diburu dan ditahan.

Pedang setuju dengan seruan PPIM kepada orang ramai, khususnya Melayu supaya memboikot peniaga yang didapati menipu dan bertindak samseng.sumber
Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget

comment pembaca

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger