Home » » #SelamatkanZulkifli - Kalau Seseorang Rompak Kita, Tidak Bermaksud Kita Boleh Membunuhnya Kata Khalid Kepada Netizens.

#SelamatkanZulkifli - Kalau Seseorang Rompak Kita, Tidak Bermaksud Kita Boleh Membunuhnya Kata Khalid Kepada Netizens.

Written By canang on Khamis, 31 Disember 2015 | 12/31/2015 04:55:00 PTG

Orang ramai dinasihatkan supaya meneliti peruntukan undang-undang dibawah Seksyen 99 Kanun Keseksaan bagi memahami hak untuk mempertahankan diri sebelum membuat sebarang andaian, kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.
Khalid berkata demikian bagi mengulas siasatan berhubung keputusan untuk mendakwa seorang lelaki yang membunuh perompak ketika cuba mempertahankan dirinya di Terengganu.
Pertuduhan itu mencetuskan kemarahan di kalangan netizen.
Khalid juga mempertikaikan peranan Majlis Peguam dan peguam hak asasi manusia kerana tidak mendidik orang ramai mengenainya.
"Jika seseorang merompak kita, itu tidak bermakna kita boleh membunuhnya.
"Seksyen 99 Kanun Keseksaan menyatakan dengan jelas had untuk mempertahankan diri, bukan hanya kepada orang ramai tetapi kepada kita juga (polis).
"Apabila ia melibatkan perkara lain, Majlis Peguam pantas mengeluarkan kenyataan tetapi mengapa senyap mengenai perkara ini?
"Disinilah Majlis Peguam memainkan peranan dalam mendidik orang ramai," katanya di Bukit Aman pada Khamis.
Khalid berkata hak untuk mempertahankan diri tidak meliputi melakukan lebih banyak kemudaratan berbanding yang sepatutnya.
Baru-baru ini, netizen marah apabila berita mengenai seorang lelaki yang dikenali sebagai Zulkifli yang didakwa bakal menghadapi hukuman gantung sampai mati selepas menikam seorang perompak yang memecah masuk ke dalam rumahnya di Kerteh, Terengganu, tersebar di media sosial.
Menurut laporan itu, pemuda itu didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan Seksyen 326 kerana sengaja mendatangkan kecederaan dengan senjata berbahaya atau cara lain.
Share this article :

1 ulasan:

mansor berkata...

nAMPAKNYA kpn MESTI DIDAKWA KERANA TIDAK BERTUGAS BAGI MRENGHAPUSKAN JENAYAH....

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger