Home » » ALISTAIR EDWARDS DILANTIK SEBAGAI PENGARAH SUKAN KELAB BOLASEPAK JDT

ALISTAIR EDWARDS DILANTIK SEBAGAI PENGARAH SUKAN KELAB BOLASEPAK JDT

Written By canang on Isnin, 11 Januari 2016 | 1/11/2016 04:06:00 PTG

ALISTAIR EDWARDS DILANTIK SEBAGAI PENGARAH SUKAN KELAB BOLASEPAK JDT
S: Peranan Pengarah Sukan diakui dalam arena bola sepak Inggeris, tetapi bukan di Malaysia dan TMJ telah mewujudkan peranan tersebut ke dalam kelab miliknya. Apa yang anda fikirkan tentang perkara ini?
J: Ini menunjukkan inisiatif yang telah diambil oleh TMJ dalam menjadikan sebuah kelab yang cukup profesional dengan belajar dari kelab-kelab terbaik di dunia. Ia bukan sahaja terkenal di Eropah tetapi juga di Amerika. Ini adalah satu lagi peringkat profesionalisme yang mahu diserapkan ke JDT.

S: Disukai atau dibenci? Adakah anda akan menjadi ancaman kepada jurulatih dan pengurus kelab yang lain? Apakah jenis perubahan yang anda ingin lakukan?
J: Di sesetengah negara mereka menggunakan istilah Pengarah Teknikal. Semasa di Persekutuan Bola Sepak Australia, saya menjadi penolong pengarah kebangsaan teknikal. Kami memulakan proses ini di Australia, dan dalam masa yang sama, saya bersama persekutuan kebangsaan selama beberapa tahun. Ini merupakan satu lagi platform bagi saya untuk berkongsi pengalaman dan kepakaran saya dengan pasukan yang hebat ini. JDT mempunyai pasukan utama yang hebat, saya telah bertemu dengan jurulatih dari JDT dan JDTII dan pada dasarnya peranan saya adalah untuk membantu mereka dari segi teknikal bersama-sama dan saya juga akan bekerjasama rapat dengan TMJ.
S: Berdasarkan kajian saya, peranan anda ini secara langsung akan menyentuh beberapa aspek seperti urusan pemindahan, hal ehwal pasukan, pemilihan skuad dan operasi dari semasa ke semasa, apakah komen anda?
J: Pada masa ini JDT adalah sebuah kelab yang menjadi penanda aras di Malaysia, segala apa yang TMJ buat sekarang telah menjadikan JDT sebuah kelab yang paling profesional dan kita sedang menumpukan lebih ke dalam bidang perniagaan, tambahan lagi saya mempunyai Sarjana dalam Pentadbiran Perniagaan (MBA). Sebelum ini saya pernah bekerja dengan pasukan kebangsaan Australia. Dengan pengalaman yang saya ada, saya berperanan untuk berkongsi dan melakukannya bersama-sama. Saya pernah terlibat dengan penstrukturan semula bola sepak Australia sebagai pengarah teknikal. Saya mempunyai kemahiran untuk menambah nilai diatas apa yang JDT telah lakukan kerana JDT sebuah kelab yang menjadi ikutan kelab lain. Saya melihat TMJ terlalu minat pada sukan bola sepak tetapi baginda sangat sibuk dengan kepentingan lain, oleh itu saya berada di sini untuk membantu seberapa banyak yang saya boleh bagi membantu melakukannya bersama-sama menjadikan JDT sebagai pasukan yang profesional.
S: Bagaimana pula dengan urusan pemindahan, hal ehwal pasukan, pemilihan skuad dan hari-hari operasi?
J: Saya akan terlibat dalam pemindahan urusan, rundingan dan segala-galanya tetapi pada masa ini kita mempunyai ketua jurulatih untuk pasukan, dan itu adalah pasukannya, Jadi peranan saya adalah untuk membantunya hanya dalam pengurusan. Begitu juga dengan JDTII, saya akan membantu mereka juga tetapi saya tidak akan terlibat dalam apa sahaja operasi semasa khususnya dengan pasukan. Mereka sangat professional dan mereka mempunyai pengalaman dalam kejurulatihan jadi saya perlu menghormati mereka.
S: Apa pendapat anda tentang JDT dari segi kemudahan dan misi kelab?
J: JDT sebuah pasukan hebat setaraf pasukan Eropah dan Amerika Selatan. Padang latihan JDT juga hebat. Saya pernah bermain di Eropah, dan juga terlibat dengan kelab terkemuka di Australia, jadi apa yang kita ada di sini dan TMJ ingin cuba lakukan adalah untuk memastikan bahawa kita mempunyai persekitaran bola sepak yang paling profesional. Jadi pemain boleh menumpukan perhatian ketika bermain bola sepak. Apa yang berlaku ketika ini sebenarnya satu pembaharuan dengan pelbagai rancangan di masa hadapan, penubuhan akademi dan stadium yang baru menjadikan ianya sesuatu yang sangat menarik. Orang ramai perlu faham bahawa ini adalah hanya satu permulaan. Ia akan menjadi lebih besar dan berkembang pada masa akan datang. Oleh itu, ini adalah sebab mengapa TMJ meminta saya ke sini untuk memulakan dan meneruskan projek yang sangat baik ini dan kita mempunyai banyak perkara yang perlu dilaksanakan. Bagi mendapatkan hasil yang besar, kita memerlukan lebih banyak bantuan untuk menjayakannya.
S: Apa yang anda boleh katakan mengenai DYAM TMJ?
J: Baginda disayangi oleh rakyat Johor dan dihormati di Malaysia. Dan saya terlalu menghormati baginda atas semua yang telah dilakukan dalam tempoh yang singkat untuk bolasepak Johor. Baginda adalah seorang yang rendah diri, mudah untuk berbicara dengan dengan wawasan yang jelas. Baginda menjelaskan visi beliau kepada saya dan saya 100% bersetuju dan teruja untuk bekerjasama dengan baginda. Baginda memberitahu saya bahawa apabila saya bermain di sini pada tahun 1991, beliau baru berusia 9 tahun dan baginda datang untuk menonton saya bermain di stadium dan sangat teruja dengan bolasepak ketika itu. Dan baginda dapat merasakan detik kemenangan berganda kami ketika itu, yang amat bererti buat rakyat Johor. Baginda mengetahui betapa bermaknanya bola sepak kepada rakyat Johor dan kini baginda bertanggungjawab untuk memastikan bahawa kita perlu memperoleh kejayaan yang berterusan. Lihatlah apa yang berlaku sejak baginda mengambilalih kelab dengan memenangi dua kejohanan besar, Piala AFC 2015 dan Liga Super musim 2015. Semua orang sedang memerhatikan perkembangan JDT dan semua orang mengagumi apa yang berlaku disini. Saya rasa apa yang yang baginda lakukan sekarang adalah memberi satu landasan untuk semua orang yang terlibat dalam bola sepak Malaysia. Baginda seorang yang benar-benar baik untuk bekerjasama.
S: Bagaimana perasaan anda setelah dilantik sebagai pengarah sukan?
J: Saya rasa seperti pulang semula ke rumah kerana saya telah menghabiskan masa selama dua tahun yang indah di sini. Ramai anak Johor masih mengingati kenangan lama. Bagi saya ia benar-benar seperti mimpi dapat mencapai ke peringkat ini di dalam kerjaya saya. Dengan pengalaman penuh saya menyusun atur semula bolasepak Australia, kini saya kembali untuk membantu melaksanakan projek yang sama untuk JDT. Kembali ke Johor umpama satu impian bagi saya dan ianya merupakan satu penghormatan besar apabila TMJ meminta saya membantu beliau dalam projek besar ini
Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger