Home » » Melayu tetap berkuasa – Kit Siang

Melayu tetap berkuasa – Kit Siang

Written By canang on Ahad, 10 Januari 2016 | 1/10/2016 09:57:00 PTG

 Negara tetap dipegang dan dipunyai orang Melayu meskipun UMNO tewas dalam pilihan raya
KUALA LUMPUR: Penasihat DAP, Lim Kit Siang, menyifatkan orang Melayu tetap kekal berkuasa di negara ini dan sama sekali tidak akan kehilangannya.
Katanya, perkara itu jelas berdasarkan bilangan kerusi Parlimen, yang mana 114 kerusi adalah majoriti Melayu daripada 162 kerusi di Semenanjung.
Kit Siang berkata, kerusi Parlimen yang didominasi kaum Cina hanya sebanyak 22 sahaja dan 29 kerusi lagi adalah bercampur dan tiada kerusi Parlimen didominasi komuniti India.
“Statistik menunjukkan Malaysia adalah negara yang didominasi populasi Melayu. Lebih 50% penduduk adalah Melayu dan Cina kurang daripada 30%. Kaum lain hanya menyumbang sedikit peratus,” katanya ketika majlis makan malam DAP di sini, malam tadi.
Mengulas lanjut, Ahli Parlimen Gelang Patah itu berkata, demografi Malaysia membuktikan Melayu kekal berkuasa dan menjadi suara dominan di negara ini.
“Tumbangnya Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Razak) dan UMNO dalam pilihan raya tidak akan menjejaskan apa-apa. Negara ini tetap dipunyai dan dipegang orang Melayu,” katanya.
Kit Siang berkata, beliau menjangkakan serangan persepsi bahawa DAP anti Islam dan anti Melayu diperhebatkan menjelang pilihan raya akan datang SUMBER
Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger