Home » » Najib akan ‘rentung’ dibakar api kemarahan rakyat – Anina

Najib akan ‘rentung’ dibakar api kemarahan rakyat – Anina

Written By canang on Isnin, 11 Januari 2016 | 1/11/2016 06:16:00 PTG

Kegagalan Perdana Menteri mentadbir dan menyelesaikan masalah di samping menjual aset negara untuk menyelamatkan 1MDB telah membangkitkan kemarahan rakyat.
PETALING JAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan ‘rentung dibakar’ dengan api kemarahan rakyat susulan kegagalan beliau mentadbir negara ini dengan baik dan menyelesaikan masalah-masalah negara.
Perkara itu ditegaskan bekas ahli Wanita UMNO Bahagian Langkawi, Anina Saadudin apabila Perdana Menteri dilihat cuba mengelirukan rakyat dengan mengumumkan hutang 1Malaysia Development Bhd (1MDB) berkurangan sebanyak RM40.4 bilion hasil penjualan Bandar Malaysia dan Edra Global Energy kepada negara luar.
Katanya, pengumuman yang dibuat Najib itu sedikitpun tidak menenangkan hati rakyat sebaliknya menambahkan lagi kemarahan mereka apabila harta negara dijual.
“Apa rasionalnya kalau kamu jual harta negara dengan harga yang merugikan, contoh kamu jual Edra rugi, lepas itu jual pula tanah-tanah yang sepatutnya menjadi hak kerajaan dan kamu jual kepada kuasa asing apa rasionalnya? Itu gila namanya.
“Api kemarahan rakyat (kepada Najib) sedang membara di tanah Malaysia, sedarlah Datuk Seri Najib akan rentung kerana api kemarahan rakyat ini terlalu kuat.
“Kalau harta-harta kita sekarang ini sudah terlelong, lepas ini dah habis harta negara di lelong rakyat pula akan di lelong,” katanya dalam wawancara bersama FMT.
Mengulas lanjut, dia turut mengingatkan Perdana Menteri supaya tidak memandang rendah kemarahan yang ditunjukkan rakyat.
“Kalau di penghujung tahun lepas rakyat tidak mahu memberi laluan kepada Perdana Menteri di lebuhraya, itu baru bunga api kecil yang ditunjuk rakyat. 2016 bakal menyaksikan benda yang lebih besar akan meletup.
“Malah (penyokong Najib) boleh memperkecil usaha Bersih 4.0 melakukan demonstrasi (kerana dilihat tidak mampu mengugat kedudukan Najib), tetapi mereka tidak boleh nafikan bahawa mereka telah hilang banyak kerusi pada PRU13 tetapi bagaimana dengan PRU 14? Jangan terlalu yakin dengan kedudukan yang ada sekarang,” katanya, SUMBER
Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger