Home » » Putrajaya punca hubungan dengan Sarawak renggang – Tun M

Putrajaya punca hubungan dengan Sarawak renggang – Tun M

Written By canang on Selasa, 12 Januari 2016 | 1/12/2016 09:00:00 PTG

Kerajaan Persekutuan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak harus dipersalahkan di atas keretakan hubungan yang berlaku antara Semenanjung dan Sarawak.
Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, senario yang berlaku sekarang seolah-olah menunjukkan Sarawak bukan sebahagian daripada Malaysia.
“Ia berpunca dari kelemahan Kerajaan Persekutuan,” katanya dalam satu wawancara eksklusif bersama FMT.
Beliau juga mengaku sukar untuk meramalkan siapa yang akan memerintah Sarawak selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) yang dijangka pada Mac ini.
“Saya tidak tahu bagaimana pendapat orang Sarawak. Tetapi kita nampak semakin renggang, dan masing-masing bercakap pasal Sarawak. Seolah-olah Sarawak ini tidak ada dalam Malaysia kerana lebih kepada Sarawak,” ujarnya.
Image result for budaya sarawak
Jika keadaan itu berterusan, Dr Mahathir berkata, negeri-negeri lain akan mempersoalkan mengenai layanan yang diterima terhadap negeri Sarawak.
“Kalau kita macam itu, Johor pula hendak lebih untuk Johor. Jika macam itu, kita akan berpecah. Bila berpecah, negara ini akan hancur,” katanya lagi.
Sejak akhir-akhir ini, kerajaan Sarawak pimpinan Ketua Menteri, Tan Sri Adenan Satem banyak membuat keputusan yang bertentangan dengan Kerajaan Persekutuan seperti mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) sebagai syarat untuk berkhidmat dalam perkhidmatan awam di negeri itu.
Selain itu, Adenan enggan mengubah dasar imigresen bagi memelihara keharmonian masyarakat berbilang kaum di negeri itu selain menjadi ketua kerajaan negeri yang paling lantang mengkritik keputusan Kerajaan Persekutuan dan Najib
Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger