Home » » Saya tidak akan berhenti lawan kejahatan – Anina

Saya tidak akan berhenti lawan kejahatan – Anina

Written By canang on Sabtu, 2 Januari 2016 | 1/02/2016 07:38:00 PTG

 Anina berjanji membawa kes itu ke Mahkamah Rayuan secepat mungkin bagi mencari kebenaran untuk rakyat Malaysi
PETALING JAYA: Walaupun gagal mengambil tidakan undang-undang terhadap Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak, ia sedikitpun tidak melunturkan semangat bekas ahli UMNO, Anina Saadudin.
Selagi bernyawa, tegas Anina, dia tidak akan berhenti menentang kejahatan terutamanya dalam kalangan pemimpin yang bertindak kejam kepada rakyat.
Katanya, dia juga akan membuat rayuan secepat mungkin bagi mencari kebenaran buat rakyat Malaysia.
“Saya mahu rakyat tahu selagi saya bernyawa, saya Anina Saadudin tidak akan berhenti menentang kejahatan.
“Biar nyawa bercerai daripada badan, pantang seinci saya berpatah balik. Saya akan membawa kes ini ke Mahkamah Rayuan dengan secepat mungkin,” katanya kepada FMT.
Sehubungan itu, dia berharap seluruh rakyat Malaysia berlapang dada dengan keputusan yang dibuat Mahkamah Tinggi hari ini (Khamis).
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan Presiden UMNO dan Setiausaha Kerja, Datuk Abd Rauf Jusoh mengetepikan saman oleh Anina.
Anina memfailkan saman terhadap Najib berhubung derma RM2.6 billion dan mahu Presiden UMNO memulangkan wang berkenaan kepada parti itu, jika benar ia untuk kegunaan politik.
Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Zaki Abdul Wahab membuat keputusan itu kerana mendapati Anina tidak boleh m
Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger