Home » » Apandi jadi ‘orang suruhan’ Najib, kata badan hak asasi manusia

Apandi jadi ‘orang suruhan’ Najib, kata badan hak asasi manusia

Written By canang on Isnin, 8 Februari 2016 | 2/08/2016 10:59:00 PTG



Timbalan Pengarah Human Rights Watch (HRW) Asia Phil Robertson berkata peguam negara berpaut dari satu dasar yang melanggar hak asasi manusia kepada satu dasar lain dalam usaha mendiamkan masyarakat bagi melindungi kegagalan politik Datuk Seri Najib Razak. – Gambar fail The Malaysian Insider, 8 Februari, 2016. Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali dianggap sebagai "legal hitman" (orang suruhan) bagi perdana menteri bertujuan menakut-nakutkan bakal pemberi maklumat yang boleh mendedahkan rasuah dalam kerajaan, kata sebuah badan hak asasi manusia antarabangsa.

Timbalan Pengarah Human Rights Watch (HRW) Asia Phil Robertson berkata demikian ketika mengulas laporan berita yang Apandi sedang menimbang untuk memperketatkan peruntukan di bawah Akta Rahsia Rasmi 1972 (OSA).

Robertson berkata Apandi berpaut dari satu dasar yang melanggar hak asasi manusia kepada satu dasar yang lain dalam usaha mendiamkan masyarakat bagi melindungi kegagalan politik Datuk Seri Najib Razak.

"Dalam proses itu, dia menjadi 'legal hitman' Najib, yang bertujuan menakut-nakutkan bakal pemberi maklumat yang boleh mendedahkan rasuah dan penyalahgunaan kerajaan," kata Robertson kepada The Malaysian Insider dalam emel hari ini.

Beliau menambah cadangan Apandi adalah penghinaan ke atas kebebasan bersuara yang harus ditolak semua pihak yang prihatin tentang hak asasi manusia.

"Persoalan yang perlu dijawab ialah mengapa rakyat Malaysia perlu terus mengorbankan hak asasi manusia mereka untuk memelihara kepentingan Najib?

"Yang terkini ini ialah serangan keterlaluan terhadap kebebasan bersuara yang harus disangkal semua masyarakat Malaysia dan antarabangsa yang mengambil berat tentang mengekalkan Malaysia sebagai sebuah negara demokrasi yang menghormati hak rakyat," kata Robertson.

Pendakwa utama negara itu juga dilaporkan berkata, OSA boleh digunakan terhadap wartawan yang melindungi sumber mereka atas nama etika kewartawanan dan petugas media boleh dianggap sebagai bekerjasama dengan bakal pensabotaj.

"Kita mungkin mengenakan dakwaan kepada wartawan yang enggan mendedahkan sumber.

"Saya tidak bergurau. Jika saya mempunyai 90% bukti, saya akan dakwa wartawan, pengarang, penolong pengarang dan ketua pengarang. Saya serius, bukan main-main.

"Kita ada terlalu banyak kebocoran rahsia di Malaysia," Apandi dipetik sebagai berkata.

Peguam negara itu dilaporkan berkata demikian dalam satu temu bual dengan Sin Chew Daily, di mana beliau juga memaklumkan Pejabat Peguam Negara sedang mengkaji untuk meminda undang-undang OSA bagi memasukkan penjara seumur hidup dan 10 sebatan sebagai hukuman kepada pesalah.
Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger