Home » » Lelaki Bangladesh disyaki rogol remaja OKU

Lelaki Bangladesh disyaki rogol remaja OKU

Written By canang on Isnin, 15 Februari 2016 | 2/15/2016 10:28:00 PTG


GEORGETOWN - Polis menahan seorang lelaki Bangladesh bagi membantu siasatan kes seorang remaja perempuan kurang upaya (OKU) dirogol di tepi tangga sebuah pangsapuri di Bayan Baru, dekat sini semalam.
Jurucakap polis berkata lelaki berusia 38 tahun itu ditahan kira-kira jam 5.30 petang semalam selepas pengawal keselamatan di pangsapuri berkenaan melihat suspek dalam keadaan mencurigakan dan membawa mangsa yang berusia 13 tahun ke kawasan tangga di situ.
"Pengawal keselamatan itu memaklumkan kejadian berkenaan kepada bapa mangsa sebelum dia (bapa) bersama beberapa penduduk mencari lelaki Bangladesh berkenaan dan menemui suspek bersama remaja yang mengalami masalah lembam itu," katanya di sini hari ini.
Beliau berkata, mangsa mendakwa dirogol beberapa kali oleh suspek sebelum ini dan diberi upah sebanyak RM10 supaya dia tidak menceritakan kepada sesiapa.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang Datuk Mohd Zakaria Ahmad ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan berkata remaja berkenaan dihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk pemeriksaan.
"Lelaki Bangladesh yang bekerja di kilang di kawasan Bayan Lepas itu direman selama empat hari bagi membantu siasatan," katanya. - Bernama
Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger