Home » » Nazri gesa Malaysia jadi tuan rumah berbudi bahasa kepada pekerja Bangladesh

Nazri gesa Malaysia jadi tuan rumah berbudi bahasa kepada pekerja Bangladesh

Written By canang on Jumaat, 19 Februari 2016 | 2/19/2016 12:22:00 PG


Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz menggesa Malaysia agar menjadi tuan rumah berbudi bahasa kepada pekerja Bangladesh yang tiba di negara ini untuk menyumbang kepada sektor tidak diminati rakyat tempatan.

Katanya, sumbangan imigran Bangladesh itu tidak boleh dipandang enteng kerana ada industri akan lumpuh tanpa sumbangan mereka.

"Jangan perkecilkan sumbangan mereka pada ekonomi kita.

"Kita perlukan mereka, maka jadilah tuan rumah yang berbudi bahasa kerana mereka melakukan kerja yang tidak dikehendaki rakyat Malaysia," katanya sewaktu mengulas rancangan Putrajaya membuka pintu kepada rancangan Dhaka menghantar 1.5 juta orang tenaga kerjanya keluar dari Bangladesh.

Nazri berkata, rakyat Malaysia tidak perlu terkejut dengan angka 1.5 juta kerana ia tenaga kerja tersedia dari Bangladesh untuk mana-mana negara yang memerlukan rakyat mereka dan tidak terhad hanya kepada Malaysia semata-mata.

"Ia tidak bermakna 1.5 juta orang akan datang ke Malaysia.

"Apabila kita perlukan, kita bawa mereka masuk," katanya pada sidang media di Kuala Lumpur pagi ini.

"Mereka tak ambil kerja kita pun. Mereka buat kerja yang kita tak mahu lakukan," kata Nazri.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan nama baharu laman sesawang Tourism Malaysia di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebelum ini mengumumkan Malaysia bersedia menerima 1.5 juta tenaga kerja Bangladesh selepas Putrajaya dijangka memberikan lampu hijau untuk menandatangani perjanjian persefahaman dengan Dhaka bagi tujuan itu.

Kesediaan Putrajaya itu bagaimanapun disambut dengan reaksi kurang menyenangkan daripada orang ramai yang risau implikasi daripada kedatangan pekerja asing itu.

Zahid bagaimanapun bertegas tenaga kerja Bangladesh itu diperlukan bagi melaksanakan kerja "3D" yang enggan dilakukan rakyat Malaysia iaitu kerja merbahaya (dangerous), kotor (dirty) dan sukar (difficult). – 18 Februari, 2016.sumber

Share this article :

1 ulasan:

Anoynimous berkata...

Menteri akal tumpul

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger