Home » » PELABURAN TABUNG HAJI DI DALAM SYARIKAT ROTI SILVERBIRD: SAHAM DIBELI PADA PREMIUM 177%, KERUGIAN RM90 JUTA

PELABURAN TABUNG HAJI DI DALAM SYARIKAT ROTI SILVERBIRD: SAHAM DIBELI PADA PREMIUM 177%, KERUGIAN RM90 JUTA

Written By canang on Khamis, 25 Februari 2016 | 2/25/2016 04:40:00 PTG

Tempoh hari saya dedahkan pelaburan Tabung Haji di dalam FGV menyebabkan kerugian lebih RM900 juta. Hari ini saya bentangkan pula pelaburan Tabung Haji di dalam syarikat roti Hi-5 yang menyebabkan kerugian RM90 juta. Esok saya bentang syarikat lain. Lusa saya bentang pelaburan lain. Rakyat harus tahu bagaimana simpanan kita diuruskan.
Untuk dokumen penuh laporan tahunan, laporan kewangan, carta harga saham yang dirujuk, lawat pautan:
http://rafiziramli.com/…/pelaburan-tabung-haji-di-dalam-sy…/
PELABURAN TABUNG HAJI DI DALAM SYARIKAT ROTI SILVERBIRD: SAHAM DIBELI PADA PREMIUM 177%, KERUGIAN RM90 JUTA
Salah satu pelaburan Tabung Haji sebelum ini yang mengundang kontroversi ialah pembelian saham-saham di dalam syarikat pembuat roti Silverbird Group Berhad (pembuat roti High-5) di dalam tahun 2007 pada harga yang cukup tinggi sehinggakan menyebabkan kerugian apabila syarikat itu akhirnya diisytiharkan tidak mampu menampung perbelanjaan perniagaan dalam tahun 2012.
Tabung Haji mula membeli saham-saham Silverbird secara agresif dalam masa sebulan di antara September hingga Oktober 2007 sehingga melonjakkan harga saham Silverbird dari 39 sen sesaham (awal September 2007) kepada RM1.08 sesaham pada 16 Oktober 2007. Kesemua saham-saham Silverbird dibeli oleh Tabung Haji dalam tempoh tidak sampai 1 bulan sehingga ia muncul sebagai pemegang saham terbesar Silverbird pada akhir tahun kewangan berakhir 31 Oktober 2007, seperti berikut:
Berdasarkan harga asal saham Silverbird pada 39 sen sesaham, ini bermakna anggaran pelaburan Tabung Haji di dalam Silverbird dalam bulan September 2007 mencecah RM98 juta (mengambil kira Tabung Haji membeli pada ketika harga telah naik mendadak).
Seorang lagi pemegang saham terbesar pada ketika harga saham Silverbird mula naik mendadak (kerana pembelian agresif oleh Tabung Haji) adalah Tan Sri Vincent Tan. Pada akhir tahun kewangan berakhir 31 Oktober 2007, Tan Sri Vincent Tan juga muncul sebagai pemegang saham kedua terbesar Silverbird dengan pegangan (langsung dan tidak langsung) sebanyak 22.79%. Sudah tentu keghairahan Tabung Haji membeli saham Silverbird secara agresif turut sama menguntungkan Tan Sri Vincent Tan yang nilai sahamnya di dalam Silverbird turut naik.
Malangnya, prestasi operasi dan kewangan Silverbird merudum selepas itu dan tidak memberangsangkan. Menjelang tahun kewangan berakhir 31 Oktober 2011, Silverbird telah mencatatkan kerugian terkumpul (“accumulated losses”) sebanyak RM44 juta, seperti berikut:

Harga sahamnya terus merudum dan dalam tahun 2012 syarikat ini digantung dan disenaraikan sebagai syarikat berstatus PN17.
Apabila disenaraikan semula, harga sahamnya tidak pernah pulih dan pelbagai masalah pengurusan dan dakwaan penyelewengan kewangan yang timbul menyebabkan prestasi saham dan kewangannya tidak memungkinkan Tabung Haji mendapat kembali pelaburan asal.
Semakan Laporan Tahunan Silverbird menunjukkan Tabung Haji menjual saham-sahamnya di antara 28 Februari 2013 dan 28 Februari 2014 (rujuk Analisa Pemegang Saham yang disertakan di bawah):
Oleh itu, semasa Tabung Haji menjual saham-sahamnya, harga saham Silverbird sepanjang tempoh itu pada puratanya adalah sekitar 10 sen sesaham (rujuk carta harga saham di bawah):

Pada harga tersebut, Tabung Haji diunjurkan mengalami kerugian sekitar RM90 juta dari pelaburan asal asal berjumlah RM98 juta. Sudah tentu jika dana RM98 juta ini dilaburkan di dalam perniagaan yang lebih menguntungkan, nilainya akan bertambah menjelang 2014 dan kerugian yang ditanggung Tabung Haji (mengambil kira kos pelaburan terlepas) adalah lebih tinggi dari RM90 juta.
Oleh yang demikian, kepimpinan Tabung Haji wajar memberi penjelasan-penjelasan berikut:
1. Kenapa Tabung Haji membeli saham Silverbird secara mendadak sehingga melonjakkan harga sahamnya dalam tempoh sebulan dalam tahun 2007 dan menyebabkan Tabung Haji membayar premium 177%?
2. Bagaimana Tabung Haji boleh membuat kesilapan pelaburan sehingga rugi RM90 juta pelaburan asal dalam tahun 2007?
3. Berapa jumlah sebenar pelaburan dan kerugian terkumpul Tabung Haji di dalam Silverbird setakat ini dan siapakah yang telah dibawa ke muka pengadilan akibat kesilapan ini?
RAFIZI RAMLI
NAIB PRESIDEN/SETIAUSAHA AGUNG
AHLI PARLIMEN PANDAN
Share this article :

1 ulasan:

mansor berkata...

r u kidding Rafizi...a kesilapan..or a trick..a silap mata to cheat penyimpan...kikikikiki

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger