Home » » Walau digelar jutawan, Neelofa harap tak ubah diri

Walau digelar jutawan, Neelofa harap tak ubah diri

Written By canang on Isnin, 1 Februari 2016 | 2/01/2016 10:07:00 PTG


KUALA LUMPUR,  — Kejayaan dalam perniagaan tudung tidak sesekali membuatkan pelakon Nor Neelofa Mohd Noor bangga mendabik dada tetapi ingin positif bergerak ke hadapan.

Neelofa, 27, berkata dakwaan yang mengatakan dirinya kini seorang jutawan tidak dihiraukannya sebaliknya mahu terus merendah diri.

“Saya berharap ia tidak akan mengubah siapa diri saya kerana saya masih individu yang sama cuma mahu menjadi yang lebih baik daripada setiap sudut.

“Saya terima dan tidak kisah jika mereka menggelarkan saya seperti itu dan menganggapnya sebagai satu doa.

“Saya bersyukur kerana kepercayaan yang saya peroleh ini akhirnya membuahkan hasil,” katanya seperti dilaporkan Sinar Harian hari ini.

Bulan lepas, perniagaan Naelofar Hijab beliau dilaporkan mengaut keuntungan berlipat kali ganda selepas membuat jualan sebanyak RM50 juta tahun lepas.

Syarikat itu dilaporkan oleh portal BBC berkata, jumlah keuntungan itu dua kali ganda daripada jumlah asal yang disasarkan syarikat yang diusahakan keluarganya dalam masa hanya beberapa tahun sejak ditubuhkan
Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger