Home » » “Azalina, jangan sentuh isu talak kalau belum kahwin” - Ahmad Said

“Azalina, jangan sentuh isu talak kalau belum kahwin” - Ahmad Said

Written By canang on Jumaat, 11 Mac 2016 | 3/11/2016 10:38:00 PG


PETALING JAYA: “Kalau belum berkahwin, jangan pandai-pandai sentuh isu talak,” nasihat Datuk Seri Ahmad Said kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said.
Ahmad menjawab kecaman Azalina kepada dirinya dan mendakwa bekas bekas Menteri Besar Terengganu itu ‘gila talak’ kerana mengemukakan usul undi tidak percaya terhadap Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman.
“Jangan cakap soal talak. Dia (Azalina) belum kahwin, dia tak tahu talak itu apa. Talak ini hak lelaki bukan perempuan,” kata Ahmad kepada FMT.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kijal itu menegaskan, beliau mengemukakan usul itu demi kepentingan rakyat Terengganu, bukan untuk menjadi Menteri Besar.
“Saya berjuang demi negeri Terengganu dan kepentingan rakyat di Terengganu. Tidak ada kepentingan peribadi. Kalau saya nak jadi Menteri Besar (MB), dari dulu saya dah buat. PAS ajak saya bergabung nak lantik saya jadi MB, saya tak nak.
“Nasihat saya, kalau tidak tahu apa-apa mengenai politik Terengganu, jangan komen bodoh,” katanya bagi menjawab tuduhan Azalina bahawa Ahmad akan melakukan apa sahaja untuk menjadi Menteri Besar semula. - freemalaysiatoday
Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget

comment pembaca

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger