Home » » BAHAGIAN INTERPOL PDRM TIDAK TAHU DI MANA JHO LOW BERADA

BAHAGIAN INTERPOL PDRM TIDAK TAHU DI MANA JHO LOW BERADA

Written By canang on Rabu, 23 Mac 2016 | 3/23/2016 06:59:00 PTG

Zahid Hamidi berkata, polis tidak dapat mengesan Jho Low kerana hingga kini tidak ada siasatan yang dibuat terhadapnya – Gambar FMT
KUALA LUMPUR: Bahagian Interpol Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak dapat mengesan dan menentukan di manakah jutawan berasal dari Malaysia, Low Taek Jho atau Jho Low kini berada.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, polis tidak dapat mengesan Jho Low kerana hingga kini tidak ada siasatan yang dibuat terhadap jutawan yang berasal dari Pulau Pinang itu.
“Tiada permohonan yang diterima daripada mana-mana pihak untuk meminta bantuan Interpol mengesan penama-penama berkenaan,” katanya dalam satu jawapan bertulis di Parlimen.
Selain, Jho Low, pihak polis juga tidak dapat mengesan dua bekas Pengarah Eksekutif 1MDB, Casey Tang Keng Chee dan Jasmine Loo Ai Swan, Pengarah Urusan SRC International, Nik Faisal Ariff Kamil dan Pengarah Urusan Goldman Sachs di Malaysia, Datuk Yusof Annuar Yaacob.
Zahid berkata demikian bagi menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Kelana Jaya, Wong Chen yang meminta kerajaan menyatakan di manakah Jho Low, Casey Tang, Jamine Loo, Nik Faisal Ariff Kamil dan Tusof Annuar Yaacob.
Nik Faisal gagal dikesan pada Julai selepas SPRM mula menyiasat syarikat itu. Dia dicari pihak berkuasa bagi membantu siasatan yang sedang berjalan melibatkan wang RM42 juta yang disalurkan ke dalam akaun bank Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Manakala, Casey Tang dan Jasmine Loo pula dicari oleh Bank Negara Malaysia (BNM) bagi membantu siasatan mengikut Akta Kawalan Pertukaran Wang 1953.  – FMT
Share this article :

2 ulasan:

Unknown berkata...

JHO LOW MGKIN BERADA DI ALAM BUNIAN...HAHAHAHAHAA

mansor berkata...

Jihihi..dalam underwear zRosmah..

Hihi

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger