Home » » Gambar pengeboman di Ankara, Turki

Gambar pengeboman di Ankara, Turki

Written By canang on Sabtu, 19 Mac 2016 | 3/19/2016 03:28:00 PTG

Dunia baru sahaja dikejutkan dengan pengeboman di Ankara, Turki pada 13 Mac 2016 baru-baru ini.
Namun sangat menghairankan, dunia SENYAP SUNYI akan isu ni, media utama antarabangsa kalau sebelum ini pengeboman Boston, Paris dan sebagainya pasti sibuk memberi liputan dari minit ke minit mengenai perkembangan kejadian itu. Malah pemimpin dunia turut berkecuali dalam isu ini.
Pelik bin ajaib rasanya. Inilah yang dinamakan "selective reporting". Laporan hanya akan dikeluarkan sekiranya ada rakyat mereka yang terlibat. Kenyataan hanya akan dibuat sekiranya berlaku dalam tanah air mereka.
Apa tugas kita sebagai orang Islam? Ada orang cakap cukuplah kita tembak doa. Moga Allah lindungi orang Islam di seluruh dunia.
Pada kami TIDAK CUKUP.
Doa satu usaha juga, namun perlu ada tindakan yang lebih menampakkan hasil.
Bagaimana?
atas inisiatif PEMBINA, kami melancarkan kempen ‪#‎PRAY4ANKARA‬ bagi menaikkan trending ini di media sosial. Tunjukkan kepada dunia bahawa kita bersama rakyat Turki dalam isu ini.
Tunjukkan kepada dunia, bahawa kita adalah bersaudara, darah orang Islam yang mengalir sama ada di Turki, Palestin, Syria dan sebagainya adalah darah orang Islam yang bermaruah.
Tunjukkan kepada rakyat Turki bahawa kita bersama mereka. Susah atau senang. Moga mesej dari Malaysia untuk Turki seperti ini mampu memberi semangat kepada mereka.
Ayuh, kami menyeru pengguna media sosial untuk cakna isu ini. Kerana serangan ini adalah serangan ke atas umat Islam di Turki. Serangan ke atas kita.
Moga tindakan kita ini menjadi asbab untuk pihak antarabangsa membuka mata mereka untk tidak mengabaikan isu ini.
Design by Amir Izzuddin
Writen by Wan Amir



Share this article :

2 ulasan:

Arnab Jingga berkata...

tak payahler nak berlakon menangis. sendiri buat pastu tuduh pkk buat supaya justify ethnic cleansing Kurdish.

dulu tuduh isis bom, pastu pergi bom Syria... alasan...

memang celakalah erdogan... musuh umat Islam barua Israel amerika...

http://www.islamicinvitationturkey.com/2016/02/20/israeli-professor-the-only-way-to-finish-gaza-resistance-is-turkey/

http://www.islamicinvitationturkey.com/2016/03/14/shocking-embassy-of-usa-in-ankara-had-warned-its-people-about-the-ankara-blast-2-days-before-the-blast/

mansor berkata...

betoi ke akal kamu ni..atau kamu barua yahudi zionis amerika...

Blogger Widget Get This Widget

comment pembaca

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger