Home » » Hampir 700,000 Warga Asing Diberi Kerakyatan

Hampir 700,000 Warga Asing Diberi Kerakyatan

Written By canang on Rabu, 30 Mac 2016 | 3/30/2016 06:58:00 PTG

KUALA LUMPUR: Kerajaan telah mengeluarkan Sijil Warganegara kepada 688,766 warga asing sejak negara merdeka sehingga 31 Januari lepas, menurut Kementerian Dalam Negeri (KDN).
KDN dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat memberitahu rakyat tiga negara asal yang merekodkan jumlah penerima Sijil Warganegara tertinggi adalah China (69,904), Indonesia (38,024) dan India (19,301).
Kementerian itu menjawab soalan Idris Ahmad (PAS-Bukit Gantang) mengenai jumlah warga asing yang diberi status kerakyatan Malaysia sejak negara merdeka mengikut negara asal serta bilangan mereka yang telah ditarik balik kerakyatan.
Menurut kementerian itu, jumlah warganegara Malaysia yang dilucutkan kerakyatan mereka bagi tempoh sama adalah 10,828 orang.
– Bernama
Share this article :

1 ulasan:

Anoynimous berkata...

Kira tulos pun macam gila babi aje
Kira 3 bangsa dgn jumlah yg ditulis cuma 127,229
Tajuk 700,000, perincian 688,766 habis baki jumlah tu sapa? Hantu? Bangla? Phuiii berita macam taik pun nak bagi orang baca

Blogger Widget Get This Widget

comment pembaca

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger