Home » » Isu Guan Eng : Konspirasi BN Takut Kalah Pada PRN Sarawak – DAPSY

Isu Guan Eng : Konspirasi BN Takut Kalah Pada PRN Sarawak – DAPSY

Written By canang on Ahad, 27 Mac 2016 | 3/27/2016 08:45:00 PG

Pilihan Raya Negeri Sarawak kali ke 11 bakal diadakan pada bulan hadapan dan disaat ini semua parti yang bakal bertanding sedang sibuk menyiapkan jentera parti masing-masing bagi menghadapi Pilihan Raya berkenaan.
Disaat kesibukan semua parti bertanding, Barisan Nasional dilihat memulakan politik kotor mereka dengan memperbesarkan isu remeh berkaitan rumah banglo yang diibeli oleh Ketua Menter Pulau Pinang, Lim Guan Eng.
Ditambah pula, Guan Eng merupakan Setiausaha Agung DAP, pastinya isu ini akan dibesar-besarkan oleh semua media pro BN di Malaysia. Semua ini dilakukan dengan harapan, BN dapat memburukkan imej DAP pada mata rakyat Sarawak berhubung skandal rasuah Ketua Menterinya sendiri.
Tidak sukar untuk menilai tahap politik kotor BN ini. Mereka menyerang bertalu-talu Setiausaha Agung DAP dengan harapan imej DAP menjadi kotor. Jadi ini memudahkan BN memainkan sentimen kebencian mereka kepada calon DAP di Sarawak.
Perkara ini juga turut dirasai oleh DAP Sarawak dengan ada yang sudah mengeluh mengenai isu yang membabitkan Guan Eng di Sarawak.
Apa yang dapat dirumuskan disini, inilah salah satu taktik kotor BN dalam usaha mereka mengekalkan kuasa mereka di Sarawak. Perkara ini tidak sepatutnya dibiarkan dan langkah SPRM menyiasat semua dokumen berkaitan Guan Eng diharap dapat membersihkan semula nama Guan Eng dan DAP pada mata rakyat Sarawak.sumber
Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget

comment pembaca

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger