Home » » Kesan Perjanjian TPPA Malaysia : Pemenang Hadiah Nobel Ekonomi Kata Malaysia Akan Kehilangan RM75 Bilion Disebalik TPPA

Kesan Perjanjian TPPA Malaysia : Pemenang Hadiah Nobel Ekonomi Kata Malaysia Akan Kehilangan RM75 Bilion Disebalik TPPA

Written By canang on Isnin, 14 Mac 2016 | 3/14/2016 08:51:00 PTG

Antara skrip yang biasa menjadi santapan dan hidangan rakyat Malaysia melalui laporan dan pendedahan berita arus perdana.
Tokoh-tokoh negara kita, ahli ekonomi, tokoh akademik, bekas-bekas menteri, berbagai-bagai NGO termasuk Berita Semasa ada ada juga mendengar ulasan daripada Pakar Ekonomi, Dr Jomo Kwame Sundaram yang turut berkongsi pandangannya disebalik kesan Perjanjian TPPA Malaysia ini. Anda boleh tonton video di atas.
“Tidak banyak faedah yang Malaysia akan dapat daripada Perjanjian TPPA ini” – Profesor Jomo
Jikalau semalam kita boleh menilai sendiri pengakuan jujur daripada Barack Obama disebalik impak dan kesan perjanjian TPPA Malaysia ini bersama-sama dengan negara-negara lain.
Terbaru Pemenang Hadiah Nobel dalam bidang Ekonomi, Professor Joseph Stiglitz dari Universiti Columbia dan juga Ketua Ekonomi Institut Roosevelt memberikan peringatan mengenai kesan disebalik perjanjian TPPA Malaysia. Dan laporan berita ini Berita Semasa petik daripada The Malaysian Insider sendiri untuk laporan berita mereka yang bertajuk, “Don’t let TPP jeopardise Malaysia’s future”.
Berita Semasa ada highlightkan untuk anda beberapa intipati dan isi penting apa yang cuba disampaikan kepada dunia umumnya dan rakyat Malaysia amnya disebalik kesan perjanjian TPPA Malaysia ini. Baca dan perhatikan betul-betul di bawah ini :
tppa 4

Kesan perjanjian TPPA Malaysia : Peringatan Professor Joseph Stiglitz?

Tidak semestinya apabila negara jiran kita turut serta dalam perjanjian TPPA ini seperti Brunei, Vietnam ia adalah bagus dan merupakan idea yang sangat baik kepada Malaysia. Adakah negara jiran kita turut serta, kita terus mengatakan perjnajian TPPA ada bagus? Ermmm…..
This is our land. Apa-apa yang berlaku, buruk baiknya kita semua yang menanggungnya satu generasi ke generasi yang lain. Kita sudah 58 tahun merdeka dan berdirinya negara kita Malaysia adalah kerjasama daripada semua pihak, baik :
  • orang kaya dan orang miskin
  • ahli perniagaan, kakitangan swasta, kakitangan awam di malaysia
  • Cina, Melayu, India, Iban, Kadazan, Orang Asli
  • yang tinggal di bandar yang tinggal di kampung
Semakan Berita Semasa terhadap laporan yang dikeluarkan sendiri oleh Agensi Perisikan CIA melalui CIA World Factbook GDP Malaysia (Purchasing Power Parity) kita lebih USD746 Billion atau lebih RM3.2 Trillion !
Semua ini kita boleh capai Selain dari industri asas ada juga industri lain dalam negara kita (elektronik, metal fabrication, machine tooling, plastik, machine manufacturing dsbnya) yang setanding dengan negara maju.
Semua ini kita boleh capai tanpa TPPA ka, FTA ka, Partnership Agreement ka atau segala benda perjanjian yang membenarkan campurtangan orang luar ke negara kita.
P/S : Sejarah dunia telah membuktikan, Amerika Syarikat akan buat apa sahaja untuk buat apa sahaja untuk memastikan survival mereka bersama-sama dengan sekutu kuat, Israel terus bertahan kuat.
PP/S : Jangan sekali-kali fikir puak-puak Amerika ini tiba-tiba sudah bertaubat dan sekarang ingin membantu negara kita menjadi kaya pula. Berita Semasa harap sangat kerajaan usah bermain politik disebalik isu TPPA ini.sumber
Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger