Home » » Mampukah Orang Asal bayar bil elektrik, air? – Ahli akademi

Mampukah Orang Asal bayar bil elektrik, air? – Ahli akademi

Written By canang on Ahad, 20 Mac 2016 | 3/20/2016 03:16:00 PTG

Kebanyakan Orang Asal tidak mempunyai pendapatan tetap dan bergantung kepada bantuan pihak kerajaan semata.
Kebanyakan kawasan penempatan Orang Asal berhampiran bandar tidak mempunyai kemudahan elektrik dan air lantaran masalah kewangan yang membelenggu golongan itu.
Pensyarah Pusat Pengajian Kerajaan di Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof Datuk Dr Zainal Kling berkata kebiasaannya penduduk kampung Orang Asal tidak mempunyai pendapatan tetap, sekaligus menyukarkan mereka membayar bil kemudahan asas yang disediakan.
“Masukkan elektrik itu ke kampung (Orang Asal) barangkali senang, tarik tiang, tarik wayar boleh la pasang, tetapi kebanyakan penduduk kampung Orang Asal biasanya tidak mempunyai pendapatan tetap.
“Mereka (Orang Asal di pedalaman) masih lagi menjalankan aktiviti pekerjaan di hutan, (Orang Asal berhampiran bandar) sudah tidak ada hutan untuk mereka mencari hasil, tetapi kalau tidak diberi percuma mereka tidak dapat membayar bil air dan elektrik.
“Kalau kerajaan melalui Kementerian Luar Bandar dan Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) tidak bantu mereka untuk membayar segala kos ini, maka nak masukkan segala kemudahan awam (air dan elektrik) ini menjadi masalah,” katanya.
Tinjauan di perkampungan Orang Asal berhampiran Putrajaya mendapati penduduknya bekerja sebagai buruh di sekitar Bangi, Kajang, Dengkil dan Putrajaya.
Kenyataan pahit ini, kata Zainal, perlu diambil kira kerana kerajaan tidak mempunyai pilihan selain terus memberi bantuan kepada masyarakat Orang Asal.
“Langkah masa panjang untuk menyelamatkan Orang Asal ialah kepada anak-anak mereka. Yang tua-tua ini sudah tidak boleh buat apa kena bagi BRIM sepanjang masa kerana mereka tidak mempunyai pendapatan tetap.”
Ibubapa Orang Asal yang ditemui FMT mengadu anak-anak mereka terpaksa menggunakan pelita untuk mengulangkaji pelajaran, lantaran tiada kemudahan elektrik.
“Anak mereka (Orang Asal) kena diselamatkan,” tegas Zainal, “pastikan dia pergi ke sekolah, masuk kolej, pastikan mereka berjaya dan dapat membantu keluarga mereka.”
FMT
Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger