Home » » Mat Sabu kesal ada ulama sokong perasuah! (video)

Mat Sabu kesal ada ulama sokong perasuah! (video)

Written By canang on Selasa, 15 Mac 2016 | 3/15/2016 08:54:00 PTG

Presiden Amanah, Hj Mohamad Sabu atau yg lebih dikenali dengan Mat Sabu dalam ucapannya di Solidariti Mat Sabu di Ipoh malam tadi menyatakan kesal dan marahnya bila ada ulamak yang menyokong orang yang rasuah , menyokong orang yang dia sendiri ngaku ada duit itu , kerana orang yang melihat akan keliru, adakah begini Islam?? Menyokong orang yang rasuah oleh ulama akan memberikan gambaran yang buruk kepada Islam, tegas Mat Sabu, tanpa menyebut sebarang nama. “Sedangkan Islam itu Amal ma’aruf nahi mungkar! – Segala benda yang ma’ruf dia sokong yang mungkar dia tentang! Ini yang dibuat oleh imam kita, imam 4 mazhab,” jelasnya lagi. Beliau seterusnya mengingatkan para hadirin pesanan Tok Guru Nik Aziz yang pernah berkata: “Kekuatan Umno bergantung kepada 2 tongkatnya. Dua tongkat Umno – MCA dan MIC. Patahkan dua tongkat itu, rebahlah Umno!”
Share this article :

1 ulasan:

Unknown berkata...

Timbalan menteri Besar Kelantan @ Nik Amar dalam satutemubual video dia kata mencuri potong tangan macam tu saja ( chop the hand just like that ), Hadi pas main aci lut cak "hudud", macam satu ketika dulu umpama iklan biskut chipsmore " sekejap ada sekejap tak ada ", itulah hudud pas. Seorang ibu ditangkap kerana curi setin milo diserah pada polis , sampai kehakim kena bayar denda dan penjara 2 tahun. Terima derma 2.6 biliun PEGUAM NEGARA kata tak salah. DiBukit Mertajam, Pasaraya Tescotangkap pencuri, bila disoal siasat mencuri kerana tak dak kerja,lapar nak makan dan ada masalah berbangkit, Tesco bagi kerja pula dengan Tesco.Pasaraya Tesco ni tak walak pada pegangan Hudud Hadi pas dan Timbalan Menteri Besar Kelantan @ Nik Amar nak potong tangan cara terus menerus saja. hebat betui PAS.

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger