Home » » Peguam Switzerland percaya kira-kira RM16.8 bilion dicuri

Peguam Switzerland percaya kira-kira RM16.8 bilion dicuri

Written By canang on Ahad, 13 Mac 2016 | 3/13/2016 11:12:00 PG

Peguam Negara Switzerland, Michael Lauber pernah bertemu Peguam Negara Malaysia, Tan Sri Mohamed Apandi Ali pada Sept, 2015 bagi membincangkan kes 1MDB. – Gambar Reuters
Laporan sebelum ini oleh The Malaysian Insider menyebut Pendakwa persekutuan Switzerland, menyatakan bahawa Malaysia telah bersetuju untuk mengatur penyiasat Swiss mengambil keterangan beberapa saksi dalam siasatan mereka yang didakwa rasuah dan pengubahan wang haram yang berkaitan dengan dana milik kerajaan Malaysia 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Dalam satu kenyataan, pejabat Peguam Negara Switzerland berkata ketuanya, Michael Lauber, telah bertemu dengan rakan sejawatannya dari Malaysia, Tan Sri Mohamed Apandi Ali, untuk membincangkan “kerjasama” dalam kes 1MDB.
Peguam Negara Switzerland, Michael Lauber terkenal diseluruh dunia atas ketegasannya menyelesaikan skandal rasuah FIFA


Pihak penyiasat Switzerland mempercayai kira-kira AS$4 bilion (RM16.8 bilion) dicuri daripada syarikat milik kerajaan Malaysia, dana yang diperuntukkan untuk tujuan ekonomi dan projek pembangunan di Malaysia.
Sebahagian wang tunai dipindahkan ke dalam akaun berpangkalan di Switzerland milik seorang pegawai dari Malaysia dan juga bekas pegawai daripada Emiriyah Arab Bersatu, kata peguam negara Switzerland dalam satu kenyataan hari ini.
“Sehingga hari ini, bagaimanapun syarikat Malaysia terbabit tidak membuat sebarang komen mengenai kehilangan yang mereka percayai menanggungnya,” kata pendakwa raya itu.
“Langkah meminta bantuan bersama diambil bagi menasihati syarikat dan kerajaan Malaysia hasil daripada prosiding jenayah Switzerland, dengan tujuan menyiasat sama ada skala kehilangan tersebut sudah berlaku.”
1MDB - Gambar Bloomberg Malaysia
1MDB – Gambar Bloomberg Malaysia
Pada September, pihak berkuasa mengumumkan sudah membekukan aset dianggar bernilai “AS$10 juta” dalam sebuah akaun di Switzerland sebagai sebahagian daripada siasatan.
Pejabat Peguam Negara berkata permintaan bantuan itu dibuat sebagai sebahagian prosiding kes jenayah yang dibuka Ogos lepas membabitkan 2 pegawai Malaysia dalam syarikat dana pelaburan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan “seorang individu tidak dikenali”.
Mereka disyaki merasuah pegawai asing, salah laku dalam pejabat awam, pengubahan wang haram dan salah urus jenayah.
“Setakat ini 4 kes yang melibatkan tuduhan perlakuan jenayah meliputi tempoh 2009-2013 sudah diketahui,” kata kenyataan itu, “melibatkan tindakan kursus sistematik yang dijalankan melalui struktur kewangan yang kompleks”.
Permintaan bantuan itu sudah dibincangkan dalam mesyuarat antara peguam negara Switzerland dan rakan sejawatannya dari Malaysia di Zurich pada bulan September, kata kenyataan itu.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berada di bawah tekanan politik atas dakwaan beratus juta dolar hilang dalam 1MDB.
Beliau menafikan sejumlah wang besar yang dimasukkan dalam akaun miliknya digunakan untuk tujuan peribadi tetapi sebaliknya digunakan untuk menghadapi pilihan raya pada 2013 lalu.
Pada Selasa, Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali berkata, keluarga diraja Saudi adalah sumber wang derma sebanyak AS$681 juta yang memasukkan ke dalam akaun peribadi perdana menteri.
Namun, pengakuan tersebut mencetuskan persoalan baharu memandangkan Malaysia sering terlibat dalam salah guna kuasa dan rasuah. –  Baca lanjut di The Malaysian Insider
KLIK BACA: Swiss parliament backs tougher law on dictators’ assets
KLIK BACA: Malaysia dilabel ‘negara pariah’ jika enggan bantu siasatan Swiss, kata bekas menteri
KLIK VIDEO: NGO MERAYU AGONG CAMPURTANGAN
September 2, 2015 (Kuala Lumpur) — The Office of The Attorney General of Switzerland has opened criminal proceedings against two 1MDB executives and have also frozen assets worth tens of millions of U.S. dollars. Bloomberg TV Malaysia’s Sophie Kamaruddin and Han Tan study this latest development involving the embattled state investment fund. – Bloomberg Malaysia
.sumber
Share this article :

1 ulasan:

Unknown berkata...

SEMOGA NEGARA CEPAT JAHANAM DI BAWAH BN AGAR PENYOKONG MEREKA YANG BODOH TAK BOLEH DIAJAR ITU BOLEH MENGERTI APA YANG TAK BETUL DILAKUKAN OLEH BN.
SELEPAS JAHANAM, PAKATAN HARAPAN AKAN TERUS BERKUASA KERANA BN TELAH MEMBUKTIKAN KEBODOHAN MEREKA,ITU PUN KALAU YANG BODOH TAK BERTAMBAH....

Terbaru, siap khutbah Jumaat pun diolah untuk menyokong mereka terus membinasakan negara....in sya Allah kita dapat lihat kebinasaan yang dilaksanakan oleh BN ni...bererti kejayaan akan sampai ketangan PH.

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger