Home » » Risda Buat Laporan Polis Berhubung Pecah Amanah Lebih RM15 Juta

Risda Buat Laporan Polis Berhubung Pecah Amanah Lebih RM15 Juta

Written By canang on Ahad, 6 Mac 2016 | 3/06/2016 08:51:00 PG

Zahidi, dengan laporan polis, serta lain lain pegawai Risda di luar balai polis Karamunsing Khamis.

KOTA KINABALU: Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Risda) Khamis  membuat laporan polis terhadap sebuah firma guaman atas dakwaan pecah amanah wang pendahuluan RM15,545,400 berkaitan cadangan pembelian 2,428 hektar tanah di Tongod, dua tahun lalu.

Laporan itu dibuat oleh Pengerusi Risda Datuk Zahidi Zainul Abidin bersama-sama pegawai undang-undang dan pegawai kanan Risda di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu di sini pada kira-kira 12 tengah hari.
Bercakap kepada pemberita, Zahidi berkata pihaknya telah menghantar notis meminta firma guaman berkenaan memulangkan wang pendahuluan itu memandangkan pembelian tanah terbabit tidak dapat diteruskan, namun sehingga kini tiada respons.
"Kami melihat mereka seolah-olah tidak berminat menyerahkan semula wang deposit itu dan kami beranggapan bahawa mereka telah melakukan suatu kesalahan pecah amanah dan tindakan harus diambil," katanya.
Jelasnya, Risda membayar wang pendahuluan 10 peratus itu pada Julai 2014 melalui firma guaman yang dilantik itu bagi pembelian tanah bernilai RM155,454,000 di Tongod, kira-kira 265km dari sini, untuk tujuan penanaman getah sebagai usaha mengembangkan potensi pekebun kecil.
Bagaimanapun, katanya, Risda tidak jadi membeli tanah itu apabila dimaklumkan Pejabat Tanah negeri bahawa status geran tanah yang terletak di Sungai Pinangah dan Sungai Labau itu tidak boleh ditukar kerana ia adalah 'tanah pribumi'.
Share this article :

1 ulasan:

Unknown berkata...

RAHIM...OH RAHIM....
KEMANA PULAK POI NYE BUDAK RAHIM NI???

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger