Home » » Kita ada orang kita sendiri tak perlu panggil Dr Zakir Naik ... Nazri Aziz

Kita ada orang kita sendiri tak perlu panggil Dr Zakir Naik ... Nazri Aziz

Written By canang on Jumaat, 15 April 2016 | 4/15/2016 12:28:00 PTG


Y Nazri Aziz berkata, mempelawa pendakwah kontroversi untuk berceramah di Malaysia sudah tentu akan menimbulkan bantahan sesetengah pihak
PUTRAJAYA: Tidak perlu mempelawa pendakwah kontroversi seperti Dr Zakir Naik ke Malaysia dan mencetuskan huru-hara yang perlu dibersihkan selepas itu.
Ini kerana, kata Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Nazri Aziz, Malaysia sudah mempunyai ulama sendiri.
Beliau menyifatkan tindakan membawa Dr Zakir ke negara ini untuk berceramah mengenai agama sebagai tidak perlu, kerana walaupun ada yang menyifatkannya “sederhana” selepas mendengar syarahannya, penganut agama lain mungkin tidak sependapat.
“Semuanya tentang persepsi dan persepsi dibuat berdasarkan apa dilakukannya sebelum ini. Saya rasa jika anda mahu bercakap mengenai agama, cakaplah tentang agama anda sendiri.
“Untuk mengadakan satu sesi (di mana anda membuat) perbandingan (dengan agama lain), anda terikat kepada kesimpulan agama anda lebih baik.

“Lagipun, adakah ia perlu? Adakah umat Islam di sini perlu diberitahu yang kita tidak berada di landasan betul? Saya rasa tidak. Dengan mempelawa lelaki ini untuk memberi syarahan di sini, sudah tentu akan mendapat tentangan pihak tertentu,”
 katanya kepada FMT. Menteri Pelancongan dan Kebudayaan itu berkata, landskap masyarakat berbilang agama di negara ini perlu dilindungi daripada sebarang tindakan yang mungkin mencetuskan perpecahan. Beliau berkata, ia bukannya mengenai kebebasan bercakap, tetapi yang penting ialah keharmonian antara masyarakat berbilang kaum dan agama.
 “Ia untuk memastikan rakyat Malaysia tidak berpecah belah disebabkan seseorang yang tidak mempunyai sebarang kaitan dengan Malaysia. Dia akan bagi ceramah dan tinggalkan negara ini. “Kita yang ditinggalkan dengan semua masalah yang mungkin ditimbulkannya. (Mempertimbangkan) apa yang dia cakap sebelum ini, adalah biasa untuk penganut agama lain yang telah diperkecilkannya, bimbang tentang kedatangan lelaki ini ke sini,” katanya.
 Kehadiran pendakwah kelahiran Mumbai itu ke Malaysia telah membangkitkan kemarahan masyarakat Hindu yang menghina dewa dan kepercayaan mereka terhadap amalan pemakanan sayur. Penerima Anugerah Tokoh Maal Hijrah 2013 itu turut dihalang berceramah di Kanada dan United Kingdom, kerana menyokong kumpulan pengganas Al-Qaeda.

Share this article :

6 ulasan:

Anoynimous berkata...

Ini namanya menteri sampah, bangang nak mampos, kesian malaysia ada menteri tahap bingai macam nazri aziz ni
Menteri tak baca perlembagaan ke, islam ada hak tersendiri yg tak boleh dipertikaikan oleh sesiapa pun dinegara ini utk berdakwah, penganut agama lain boleh mengamalkan agama masing2 tapi tak boleh mempromosi agama mereka
Otak menteri dah jadi terbalik, apa dah jadk, makan kedarah apa menteri ni?
Jaga keharmonian konon, nak jaga apa sebenarnya
Wei pendakwah menok macam patul beruk ke yg kaau kata ada cukup dalaam negara?
Memang ada yg bagus2 di luar menuk, tapi apa salahnya panggil yg lebih baik
Menteri nazri ni kapir ke apa yg jadi takut sangat dgn motivasi islam

shaifuddine mohd berkata...

fuhh..yeop ni teruk betui..bagi nama ulamak or orang pandai religion study yang bole buat cam DZN dan dapat gather 40K penonton..Bagi kat aku .

Alias Ahmad berkata...

Inilh pemimpin berpegang konsep semua Agama sama

joncat berkata...

Bodoh nya lahai nazri aziz...makin banyak bercakap makin tersembol bodoh bertingkat tingkat....

Sea Hawk berkata...

Makhluk liberal adalah munafik kerana mereka mendakwa mereka beragama Islam tetapi pada masa yang sama mereka menyokong musuh-musuh Islam menentang ajaran Islam dan hukum Allah, menghina ulama-ulama Islam dan menafikan hak umat Islam untuk melaksanakan ajaran Islam.

Para munafik ini berlemah lembut dan berlunak terhadap orang-orang kafir tetapi bersifat keras terhadap umat Islam dan sikap makhluk liberal ini bertentangan dengan ajaran Islam.

Makhluk liberal ini takut pada pemimpin kafir tetapi mereka tidak takut pada Allah ! Inilah manusia yang lebih bodoh dari lembu.

Rakyat diutamakan berkata...

Suruh si nazri ni pegi peluk tokong Hindu la...

Blogger Widget Get This Widget

comment pembaca

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger