Home » » K’jaan Pulau Pinang benarkan syarahan anak Zakir Naik

K’jaan Pulau Pinang benarkan syarahan anak Zakir Naik

Written By canang on Selasa, 12 April 2016 | 4/12/2016 10:24:00 PTG

Kerajaan negeri Pulau Pinang hari ini memberi kebenaran kepada anak pendakwah kontroversi Dr Zakir Naik iaitu Fariq Naik meneruskan syarahannya di Pertubuhan Penyebaran Islam Antarabangsa (IPSI), Jumaat ini.
Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Datuk Mohd Rashid Hasnon berkata keputusan tersebut dibuat selepas perbincangan khas mengenainya dibuat bersama exco kerajaan negeri itu pagi tadi.
“Kerajaan Negeri Pulau Pinang memberi kebenaran dan memutuskan Dewan Masyarakat Penyayang Akan di gunakan bagi program anjuran IPSI syarahan umum Farid Naik seperti yg sudah dirancangkan dengan dua syarat seperti yang telah di bincangkan antara pihak penganjur dan pihak PDRM,” kata Mohd Rashid dalam satu kenyataan.
Bagaimanapun, Mohd Rashid berkata syarahan tersebut hanya boleh diteruskan dengan dua syarat iaitu tidak menyentuh dan merendahkan agama lain dan penganjur perlu memaklumkan butirannya kepada pihak polis negeri.
IPSI selaku penganjur dan menyelaras program syarahan umum anak Dr Zakir Naik iaitu Fariq Naik akan menganjurkan ceramah betajuk "Salah faham Mengenai Islam" sekitar jam 8 malam pada 15 April ini bertempat di dewan Kompleks Masyarakat Penyayang, Pulau Pinang.
Polemik isu kehadiran Dr Zakir Naik ke Malaysia kini hangat diperkatakan apabila beliau didakwa mengganggu gugat ketenteraman awam kerana berunsur sensiviti keagamaan.
Berikutan itu, polis telah mengarahkan penganjur dalam satu forumnya di Melaka untuk membatalkan acara berkenaan.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar dilaporkan berkata, penganjur acara itu, pada asalnya dijadualkan pada 17 April ini di kampus Universiti Teknikal Malaysia Melaka juga telah dipanggil ke Bukit Aman.
Menurut poster promosi majlis itu, Zakir dijadual berucap menyampaikan ceramah bertajuk 'Persamaan antara agama Hindu dan Islam'.
Fariq Naik, 21, adalah anak Zakir. Beliau bekelulusan A level (CIE, UK), di Islamic International School and Junior College – Mumbai, India.
Fariq mula mengikuti program dakwah ayahnya sejak berusia 8 tahun dan biasa memberikan dakwah singkat dalam bahasa Inggeris dan Arab dihadapan kira-kira 100 penonton di kota-kota di dunia seperti Chennai, Pune, Dubai, Italia dan Trinidad.
Malah, Fariq juga dilaporkan pernah berhujah dihadapan lebih dari 50,000 orang di Srinagar pada tahun 2003 ketika usianya sembilan tahun.
Selain berdakwah di Peace TV, Fariq Naik turut diundang berceramah dengan topik agama Islam di pelbagai negara termasuk Arab Saudi, UAE, Bahrain, Itali, Sri Lanka dan Maldives.
Fariq ketika ini sedang menuntut di Universiti Al-Imam Muhammad Ibn Saud Islamic di Riyadh, Arab Saudi.
Beliau juga dikatakan adalah inspirasi bagi remaja Islam dengan menjadi pembicara termuda di Peace TV dan muncul seminggu sekali dalam program, “Teens Star”
Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger