Home » » Misteri selubungi syarikat didakwa terima RM44j dari Najib

Misteri selubungi syarikat didakwa terima RM44j dari Najib

Written By canang on Selasa, 12 April 2016 | 4/12/2016 05:05:00 PTG

Misteri nampaknya menyelubungi sebuah syarikat yang didedahkan didakwa menerima jutaan dari akaun bank Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Malaysiakini mengunjungi syarikat Solar Shine Sdn Bhd di alamat yang disenaraikan di Plaza Mont Kiara, Kuala Lumpur untuk mendapatkan respons terhadap dakwaan tersebut, tetapi direktori di tingkat bawah bangunan itu memaparkan nama syarikat yang berbeza - Steelwell Development Sdn Bhd.
Pejabat yang terletak di alamat tersebut bukan Steelwell. Bukan juga Solar Shine - syarikat yang Wall Street Journal dakwa dalam laporan pada 31 Mac bahawa kira-kira AS$44 juta (RM142.8 juta) dari akaun Najib didakwa disalurkan kepada syarikat berkenaan.
Ia adalah sebuah syarikat bernama IT Data Centre Sdn Bhd.
Ketika ditemui Malaysiakini, penyambut tetamu mengesahkan bahawa syarikat itu adalah IT Data Centre, bukan Solar Shine.
Ini menimbulkan persoalan: Adakah Solar Shine telah diambil alih oleh IT Data Centre atau ia telah berpindah ke alamat baru?
Dokumen dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) menunjukkan bahawa ketiga-tiga syarikat masih wujud.
Ketiga-tiganya berkongsi alamat berdaftar yang sama - Taman Damai Utama, Puchong, Selangor - dan juga alamat perniagaan yang sama di Plaza Mont Kiara.
Antara ketiga-tiganya, Steelwell Development adalah yang pertama diperbadankan pada 27 Oktober 1993, dan berurusan dalam pembangunan hartanah.
Solar Shine yang didaftarkan pada 22 Februari 2000, menganjurkan acara, manakala IT Data Centre yang diperbadankan pada 5 Ogos 2009, membangunkan perisian dan mengekalkan portal masing-masing.
Nama syarikat lama Solar Shine ialah Steelwell E-Software Sdn Bhd, tetapi nama itu ditukar pada 2008 kepada nama sekarang.
Semakan di SSM juga mendapati bahawa ketiga-tiga syarikat itu berkongsi pengarah yang sama.sumber
Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget

comment pembaca

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger